|

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 – Warisan Negara Bangsa

Nota Sejarah Warisan Negara Bangsa

1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

Asas negara bangsa kerajaan Alam Melayu telah bermula sebelum kedatangan Barat.

Kehebatan dan keagungan Kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan. Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivjaya dan Majapahit diwarisi oleh kerajaan Melayu selepasnya.

Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu Raja

  1. Raja merupakan tongak utama kerajaan. Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar.
  2. Raja memperoleh ketaatan daripada rakyat dan ditaati serta dianggap suci.
  3. Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.

Undang-undang

  1. Dilaksanakan bagi rnemastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
  2. Undang-undang terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan.
  3. Contohnya. Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa

Wilayah Pengaruh

  1. Kawasan yang rakyat menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.
  2. Contohnya kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.

Rakyat

  1. Merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.
  2. Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah

1.2 Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan

  1. Muncul disebabkan oleh adanya raja. Raja pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar.
  2. Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak pentadbiran Melaka.

Rakyat

  1. Rakyat menumpahkan kesetiaan kepada Sultan dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.
  2. Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
  3. Golongan diperintah terdiri daripada rakyat (golongan rnerdeka dan hamba).
  4. Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan.
  5. Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah.

Kedaulatan

  1. Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan dan merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayahnya.
  2. Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing.
  3. Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka juga diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming dan telah menghantar utusan seperti Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan China dengan Melaka.

Wilayah Pengaruh

  1. Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
  2. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.
  3. Wilayah pengaruh diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
  4. Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan Melaka.

Undang-undang

Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Undang-undang digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.

Undang-undang menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul.

Lambang Kebesaran

  1. Merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
  2. Lambang kebesaran menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
  3. Antara lambang kebesaran Melaka ialah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor.
  4. Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan.

1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang- undang

Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka, terbukti melalui sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun sehingga menjadikan kerajaan Melaka masyhur.

Sistem Pentadbiran

  1. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang lengkap iaitu Pembesar Empat Lipatan.
  2. Ia menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka lancar dan tersusun.
  3. Sultan Melaka memberi kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar dan kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka


Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
  1. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka tersusun dan berhierarki.
  2. Sultan mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam segala aspek pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama.
  3. Dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terdapat Pembesar Berempat, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar lain ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan penghulu.
  4. Sistem pemerintahan yang sistematik menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul.

Pentadbiran Pusat

  1. Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat.
  2. Hubungan dan persetahaman antara sultan dengan pembesar memastikan kejayaan Kesultanan Melayu Melaka. Permuafakatan ini mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna.
  3. Bendahara menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera serta menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan
  4. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem kewangan yang teratur. Sumber pendapatan diperoleh daripada perdagangan, pelbagai jenis cukai dan ufti. Penghulu Bendahari dilantik menguruskan perbendaharaan secara teratur.
  5. Syahbandar bertanggungjawab mengutip cukai di pelabuhan dan pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan. Hasil perbendaharaan disalurkan untuk kepentingan kerajaan seperti membeli senjata dan membina istana.
  6. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem keselamatan yang kemas untuk menjaga keamanan di darat dan laut. Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan kota Melaka, manakala Laksamana bertindak sebagai panglima angkatan laut Melaka.

Peringkat Jajahan

Pembesar jajahan dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat ditugaskan mengurus pentadbiran di daerah dan kampung.

Berperanan menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai.

Undang-Undang

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang- undang yang berasaskan syariah dan hukum adat, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Undang-Undang ini dilaksanakan untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka

Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang membincangkan jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi.

Jenayah

Perbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan keharmonian. Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri.

Contoh kesalahan yang boleh dikenakan hukuman bunuh seperti dalam Fasal 5.1, apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh. Dalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan.

Peranan Sultan dan Pembesar

  1. Setiap pembesar mempunyai peranan dalam pentadbiran dan mereka perlu arif dalam hal berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang.
  2. Contohnya, dalam Fasal 1, dijelaskan tugas Sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
  3. Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar contohnya Bendahara dan Temenggung.

Kekeluargaan

Undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluara atau dalam perkahwinan.

Contohnya dalam Fasal 26 menyatakan pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja. Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.

Ekonomi

Pedagangan menjadikan Kesultanan Melayu Melaka terkenal di seluruh dunia. Undang-undang ini mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Contohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.

Undang-Undang Laut Melaka

Undang-Undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka (Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak). Undang-undang ini diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah dan mengandungi perkara berkaitan dengan peranan nakhoda pelayaran, jenayah di atas kapal dan percukaian.

Peranan Nakhoda

  1. Nakhoda berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran. Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda.
  2. Dalam Fasal 13.1. nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari.
  3. Dalam Fasal 13.3 pula dinyatakan, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang ada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan.

Pelayaran

Menjelaskan peranan beberapa pegawai selain nakhoda, seperti jurumudi, malim dan jurubatu.

Menjalankan peranan masing-masing akan menjadikan pelayaran selamat dan 3ancer.

Contohnya, dalam Fasal 9, seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran. Malim perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang agar pelayaran berada dalam keadaan selamat. Dalam Fasal yang sama, jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh.

Jenayah

  1. Perbuatan jenayah di atas kapal boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal.
  2. Undang-undang ini menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang berlaku meliputi perbuatan mencuri, membunuh dan memberontak.
  3. Contohnya, dalam Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang tersebut akan dikenakan hukuman mati

Percukaian

  1. Percukaian yang sistematik dan adil dinyatakan dalam undang-undang ini.
  2. Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan.Contohnya, cukai perjalanan dan hasil perniagaan.
  3. Dalam Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang, iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.

1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat

Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan diperintah.

a. Golongan Pemerintah

Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat raja dan ulama.

Peranan Sultan

  1. Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat.
  2. Mewujudkan perpaduan rakyat.
  3. Bertanggungjawab terhadap kestabilan dan kemakmuran kerajaan.
  4. Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.

Peranan Pembesar

  1. Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
  2. Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat.
  3. Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.

b. Rakyat

Rakyat terdiri daripada pelbagai golongan seperti peniaga, Petani, tukang dan nelayan.

Hamba pula terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.

Peranan Rakyat

  1. Menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
  2. Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah.
  3. Menjadi tentera.
  4. Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong.
  5. Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang.
  6. Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan.

Similar Posts