Karangan PT3: Kebaikan dan Keburukan E-Pembelajaran

Pandemic COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubahkan kaedah pembelajaran. Apakah kebaikan dan keburukan E-Pembelajaran (pembelajaran dalam talian)?
Kandungan
Kebaikan dan Keburukan Pembelajaran dalam talian
Pelaksanaan e-pembelajaran merupakan kaedah baharu di Malaysia, terutama semenjak pandemic COVID-19 melanda seluruh dunia. Semua sekolah telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) supaya pembelajaran boleh diteruskan. Pembelajaran dalam talian kini menjadi keperluan kerana mempunyai kelebihan sendiri. Namun begitu, terdapat keburukan semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Mudah dan selesa semasa pembelajaran
Kaedah e-pembelajaran lebih mudah dan selesa kerana murid dapat belajar di rumah atau di mana-mana sahaja asalkan mempunyai komputer serta dapat mengakses Internet. Selain itu, murid dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu berulang-alik ke sekolah dan jadual pembelajaran pula fleksibel.
Kaedah pembelajaran yang dapat berkomunikasi
Murid-murid juga dapat mempelajari kaedah pembelajaran baharu seperti sidang video, kuiz, permainan dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga mendapat maklumat balas dengan segera daripada para guru. Murid dan guru dapat berkomunikasi di alam maya bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dan pembelajaran tidak tertangguh.
Tidak mempunyai komputer dan akses Internet
Namun demikian, e-pembelajaran sukar dilaksanakan oleh murid yang tidak mempunyai komputer dan akses Internet. Hal ini dialami oleh segelintar murid yang kurang berkemampuan dan tinggal di luar bandar atau pedalaman. Mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan sudah tentu tidak dapat mengikuti pembelajaran ini. Pembelian komputer dan pemohonan akses Internet akan menjadi beban yang besar terhadap keluarga yang miskin ini.
Tidak berinteraksi secara bersemuka
Selain itu, bukan semua maklumat pembelajaran yang dimuat naik oleh guru dapat difahami oleh murid-murid. Murid-murid mungkin berasa susah untuk bertanya soalan kerana tidak berinteraksi dengan guru secara bersemuka. Hal ini menyebabkan sesetengah murid tidak menguasi pelajaran tersebut.
Penutup Karangan E-Pembelajaran
Kesimpulannya, pembelajaran dalam talian memberi manfaat dan juga mendatangkan keburukan kepada pelajar. Usaha-usaha yang relevan perlulah dijalankan oleh pelbagai pihak agar semua murid dapat menjalani e-pembelajaran yang sesuai dengan tuntutan pembelajaran kini.