|

Nota Pendidikan Moral – Nilai Amanah

Nilai Amanah

Nilai Amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Nilai Amanah

Kesan / implikasi rasuah terhadap:

a) Diri

– Mendapat malu
– Kehilangan pekerjaan
– Menjejaskan nama baik diri / menjatuhkan maruah diri
– Kehilangan kepercayaan masyarakat dan mendapat malu
– Mengalami trauma emosi dan psikolog

b) Keluarga

– Dipandang rendah / hina / serong oleh masyarakat
– Dipinggirkan / disishkan / dipulau oleh masyarakat
– Mengaibkan / memalukan keluarga/merosakkan nama baik keluarga

c) Negara

– Negara huru hara
– Kehilangan kepercayaan pelabur -pelabur asing.
– Pentadbiran negara menjadi lemah dan kurang berkesan.
– Menjejaskan perkembangan ekonomi Negara/ negaratidak maju

Cara-cara kerajaan menangani rasuah

– Megetatkan undang-undang contohnya hukuman penjara/saman
– Menggubal undang-undang dengan menetapkan hukuman berat terhadap pemberi dan penerima rasuah.
– Melucutkan jawatan individu yang didapati bersalah mengamalkan rasuah.
– Menganjurkan ceramah dan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjauhi rasuah.
– Membentuk institusi pencegahan rasuah

Ciri-ciri seorang pemimpin yang amanah

– Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil
– Menolak rasuah
– Sentiasa bercakap benar dan bersikap jujur
– Menyimpan rahsia
– Menunaikan janji

Kepentingan sikap amanah dalam kalangan:

a. Pegawai Kerajaan

– imej organisasi/badan kerajaan terpelihara
– tidak berlaku kebocoran rahsia sulit kerajaan
– dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab/berkesan

b. Ahli politik

– mendapat kepercayaan daripada masyarakat
– dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan tugas / projek pembangunan

c. Pelajar

– melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab
– mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan

Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”

Maksud slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah'( BCA) yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan

a. Bersih – tidak menyeleweng , tidak rasuah, tidak mementingkan diri sendiri dan tidak khianat
b. Cekap – mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerjaya
c. Amanah – penuh gigih dan ikhlas serta jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

Peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR)

– Sebuah institusi yang bertanggungjawab khusus untuk mencegah perbuatan rasuah

Akta Pencegahan Rasuah 1997

Akta yang digunakan untuk menangani rasuah.

Tujuan BCA

Tujuan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ ialah pekerja memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan di samping mempunyai sikap bersih dan amanah.

BCA dalam sistem pentadbiran awam:

– Manual prosedur kerja
– Kad perakam waktu
– Pemakaian tanda nama
– Anugerah khidmat cemerlang

Similar Posts