| |

Contoh Karangan Kepentingan dan Kebaikan membaca

Kepentingan dan Kebaikan membaca

Membaca merupakan aktiviti yang sangat penting dalam pembangunan intelektual seseorang. Huraikan kepentingan dan kebaikan membaca dalam kalangan remaja.

Kepentingan dan Kebaikan membaca

Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang tersedia di pasaran, baik dari dalam atau luar negara. Contohnya, surat khabar, majalah, komik, dan lain-lain boleh didapati di kedai-kedai buku. Ini membolehkan pembaca memilih dan mencari bahan bacaan yang sesuai dengan minat dan keperluan mereka. Selain itu, teknologi seperti e-book juga menjadikan bahan bacaan yang lebih mudah diakses melalui komputer dan telefon pintar. Persoalannya, apakah kebaikan membaca dalam kalangan remaja?

Meluaskan ilmu pengetahuan

Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri. Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat memperluaskan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi, politik, dan sosial. Membaca juga dapat meningkatkan penumpuan, ingatan dan keupayaan berfikir kritikal seseorang. Ibu bapa harulah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan. Ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan ilmiah serti Dewan Pelajar, Al-Risalah dan sebagainya bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi. Hal ini, dapat mereka jadikan sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Meningkatkan kreativiti seseorang

Salah satu kebaikan dari membaca ialah dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Membaca memberikan inspirasi dan idea-idea baru yang dapat digunakan dalam mencipta sesuatu yang baru. Membaca juga dapat membantu seseorang untuk berfikir di luar kotak dan mengembangkan imaginasi. Banyak juga kajian yang menunjukkan bahawa orang yang selalu membaca akan lebih cerdas dan mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berinovasi. Manfaat ini dapat membantu seseorang untuk meningkatkan daya cipta dan hal ini sangat berguna apabila remaja menjadi dewasa.

Mengurangkan tekanan

Membaca juga dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental dalam beberapa cara. Pertama, membaca dapat membuat seseorang merasa damai dan tenang, yang dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental. Selain mengatasi masalah emosi, membaca juga boleh memberikan gangguan daripada masalah yang dihadapi. Pembaca sentiasa boleh mengalihkan perhatian dari masalah yang dihadapi dan akhirnya dapat mengurangkan stress.

Mengisi masa lapang

Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram, bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan sebagainya. Oleh itu, berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang akan merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.

Menguasai sesuatu isu dengan mendalam

Di samping itu juga, seseorang itu dapat menguasai sesuatu isu apabila membaca banyak bahan rujukan. Bahan bacaan baleh didapati dalam pelbagai versi bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan sebagainya. Membaca pelbagai sumber yang berkaitan dengan sesuatu isu dapat memberikan pemahaman yang lebih luas dan mendalam tentang isu tersebut. Sebagai contoh, remaja yang suka membaca boleh membantu seseorang mencari jawapan kepada persoalan yang timbul dalam memahami isu tersebut. Remaja dapat mengenali perspektif yang berbeza dan memahami konteks yang berbeza tentang isu tersebut.

Penutup Karangan Kebaikan membaca

Kesimpulannya, membaca merupakan aktiviti yang sangat penting dan memberikan pelbagai faedah yang berguna dalam perkembangan intelektual, emosi, sosial, dan kesejahteraan mental seseorang. Jadikan membaca sebagai amalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dapat menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat, negara dan bangsa.


Contoh Karangan: Faedah Menabung

Similar Posts