Pendidikan Moral – Hormat dan taat kepada anggota keluarga

Nilai Hormat dan taat kepada anggota keluarga bermaksud Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.
Kandungan
Nilai Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Cara mengelak timbulnya konflik
– Bersabar semasa bercakap
– Bersopan santun semasa bercakap
– Memberi nasihat dan teguran dengan cara baik
– Menunjukkan kesalahan anak dengan cara sopan
– mematuhi arahan ibu bapa @ anggota keluarga yang lebih tua.
– menghormati pandangan / pendapat sesama anggota keluarga
– memahami dan peka dengan minat mereka
– berkelakuan baik sesama anggota keluarga dan tidak menyinggung perasaan mereka
Cara menunjukkan rasa hormat terhadap anggota keluarga
– bertanya khabar
– bertegur sapa
– ucap selamat
– mendengar nasihat dan teguran daripada anggota yang lebih tua
Kepentingan amalan hormat menghormati dalam kalangan anggota keluarga.
– mewujudkan keluarga bahagia
– mengelakkan perselisihan antara anggota keluarga
– memupuk hubungan mesra dan kasih sayang antara anggota keluarga