| |

Contoh Karangan SPM: Kepentingan Amalan rumah terbuka

Amalan rumah terbuka diadakan setiap kali pada musim perayaan untuk memupuk perasaan muhibah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Berikan pendapat anda.

Kepentingan Amalan rumah terbuka

Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-9, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan antara berbilang kaum. Perasaan muhibah mestilah diterapkan dalam kalangan masyarakat. Amalan rumah terbuka semasa musim perayaan sudah menjadi kebiasaan pada dahulu kala. Kini, masyarakat negara kita masih mengekalkan budaya tersebut bag membuka rang dan peluang untuk menjamin keharmonian dan kemakmuran negara. Persoalannya, apakah kepentingan amalan rumah terbuka dalam memupuk perasaan muhibah dalam kalangan masyarakat?

Mengeratkan perpaduan kaum

Antara kepentingan amalan rumah terbuka in adalah dapat mengeratkan perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai lapisan masyarakat akan menghadiri majlis ini. Sebagai contohnya, kaum India dan kaum Melayu menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina. Kesannya, tetamu akan bergaul dan beramah mesra serta dapat mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Sudah terang lagi bersuluh, penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui anjuran majlis ini. Bak kata pepatah muafakat membawa berkat.

Menarik pelancong asing

Berikutnya, penganjuran rumah terbuka juga dapat menarik para pelancong asing untuk melancong ke negara kit. Hal ini dapat dilihat semasa kunjungan mereka ke rumah terbuka akan membolehkan mereka menghayati keunikan budaya dan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Natijahnya, rumah terbuka dapat menjunjung kedatangan pelancong asing ke negara kita untuk melihat suasana dan keistimewaan budaya di Malaysia.

Menikmati juadah masakan pelbagai kaum

Di samping itu, satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi ialah majlis rumah terbuka akan memberikan kesempatan kepada kita untuk merasal dan menikmati juadah masakan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Hal in dapat dijelaskan dengan adanya pelbagai menu yang dihidangkan terutamanya makanan tradisional setiap bangsa. Misalnya,kaum Melayu akan menyediakan ketupat dan dodol sebagai menu khas pada musim perayaan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa rumah terbuka dapat menjadi medan untuk merasai kelazatan masakan pelbagai kaum.

Mewujudkan kerjasama antara rakyat Malaysia

Beralih kepada kepentingan amalan rumah terbuka yang terakhir adalah dapat mewujudkan kerjasama antara rakyat Malaysia. Hal ini tercetus apabila masyarakat dapat saling membantu dalam menjayakan sesuatu program. Tamsilnya, jiran tetangga membantu dalam menyediakan juadah masakan untuk dihidangkan kepada para tetamu. Dengan berbuat demikian, ia akan memudahkan urusan tuan rumah dan dapat masakan dapat disiapkan dalam masa yang singkat sahaja. Izharnya, sikap tolong menolong antara satu sama lain dapat memupuk perasaan muhibah dalam kalangan masyarakat. Bak kata pepatah bagi aur dengan tebing.

Penutup Karangan Kebaikan Amalan rumah terbuka

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang dapat diperoleh melalui penganjuran majlis rumah terbuka kepada masyarakat mahupun negara. Oleh hal yang demikian, amalan mulia in wajar diteruskan bagi meneguhkan perasaan muhibah seperti hormat menghormati dan kasih sayang semasa masyarakat. Persis kata peribahasa Melayu bagai dakwat dengan kertas.


Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di padang atau di dalam dewan. [Wikipedia]

Similar Posts