Nota Pendidikan Moral – Nilai Kepercayaan kepada tuhan

Nilai Kepercayaan kepada tuhan bermaksud keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
Kandungan
Kepercayaan kepada tuhan
Amalan agama baik seperti yang berikut:
a) Islam
– Bersembahyang lima waktu
– Berpuasa wajib / Ramadan / sunat
– Membayar zakat harta / pendapatan / perniagaan
– Bersedekah kepada fakir miskin
b) Buddha
– Bersedekah dengan kekayaan yang dimiliki
– Menderma kepada golongan miskin
– Menyayangi makhluk yang bernyawa
c) Hindu
– Mengamalkan pemakanan sayur – sayuran
– Berbuat baik untuk menghapuskan dosa
– Membayar nazar semasa perayaan Thaipusam
Kebaikan amalan baik yang dituntut oleh agama
– Mendapat balasan baik daripada Tuhan
– Dapat membersihkan dosa dan menyucikan diri
– Mengelakkan diri daripada ditimpa malang
– Mendapat rezeki yang halal
Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan
Usaha-usaha yang boleh dilaksaankan bagi menyeru manusia supaya melaksanakan amanah Tuhan dengan sebaik-baiknya ialah:
– kempen kesedaran / ceramah / seminar
– pendidikan agama / moral
– peranan media massa