|

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 – Kebangkitan Nasionalisme

Nota Sejarah Kebangkitan Nasionalisme

2.1 Maksud Nasionalisme

  • Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
  • Nasionalisme diertikan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.
  • Nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.

Pendapat Tokoh

Hans Kohn

Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.

Prof. William R. Roff

Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri disebabkan ancaman terhadap hak orang Melayu dan faktor ekonomi serta kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat.

Dato’ Onn Jaafar

Ingin menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat yang sebenar di sisi bangsa lain yang tegap dan bersatu.

Dr. Burhanuddin al-Helmi

Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat. Tenaga menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam untuk menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa yang telah ditenggelamkan oleh penjajah.

Dr. R. Suntharalingam

Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat.

Prof. Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

Nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat “Ketanah Melayuan”.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

Sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Nasionalisme di Barat hasil penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menindas serta menggugat hak dan kebebasan rakyat.

Idea nasionalisme juga dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing.

Revolusi Keagungan (Glorious Revolution 1688)

Berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat kerana Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.

Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Raja James II melarikan diri ke Perancis.

Peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.

Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange, konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan.

Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

Revolusi Amerika (1776)

Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British disebabkan tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika.

Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh.

Mereka melaungkan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.

George Washington mengetuai kongres mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776.

Perisytiharan tersebut menegaskan bahawa sekiranya sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan. kebebasan dan kebahagiaan, maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.

Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783, apabila British mengakui kemerdekaan 13 buah bekas tanah jajahan tersebut digabungkan dan diberikan nama baharu sebagai Amerika Syarikat.

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme seperti di India, China, Mesir, empayar Uthmaniyah dan Jepun.

Nasionalisme di India

Merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British. Dahagi India 1857 merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.

Nasionalisme awal memberikan perhatian terhadap isu sosioagama. Brahmo Samaj dan Arya Samaj merupakan pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan pengaruh budaya Barat

Penghujung abad ke-19, perkembangan pendidikan Barat melahirkan golongan intelektual memulakan gerakan nasionalisme yang lebih tersusun dengan menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan pandangan (Kongres Kebangsaan India (Indian National Congress (INC) pada tahun 1885 dan Liga Muslim pada tahun 1906).

Pada awal abad ke-20, muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal menentang British secara militan.

Selepas Perang Dunia Pertama, Kongres Kebangsaan India (INC) memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British. Mahatma Gandhi menerajui gerakan ini menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India.

Selepas Perang Dunia Kedua , INC dan Liga Muslim membentuk jawatankuasa khas merangka rancangan pembahagian India, kepada negara India dan Pakistan. Pada 14 Ogos 1947, Pakistan diumumkan sebagai negara merdeka, Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan.

India pula mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Ogos 1947. Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri pertama India.

Nasionalisme di China

Tujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.

Penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (dianggap sebagai orang luar) yang kehilangan mandat serta kegagalan menghalang kemasukan pengaruh Barat di China.

Tokoh Gerakan kebangkitan rakyat di China dipelopori oleh Dr. Sun Yat Sen.

Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi perjuangan:

  • Nasionalisme
  • Demokrasi
  • Kebajikan sosial.

Prinsip tersebut menjadi asas kepada gerakan Revolusi China pada tahun 1911 yang berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China.

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

Lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.

Gerakan Islah

Merujuk gerakan pemulihan Islam. Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.

Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.

Gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan.

Gerakan Pan-lslamisme

Pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan al-Urwah al-Wuthqa (lkatan yang Kuat).

Bertujuan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan.

Pertubuhan ini telah menerbitkan akhbar al-urwah al- Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-lslamisme (seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia} bangkit menghalang peluasan kuasa Barat.

Pada tahun 1914. empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah.

Pemerintah empayar Uthmaniyah, Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-lslamisme. Gerakan ini mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu. Contohnya, kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan pada tahun 1915.

Nasionalisme di Jepun

Digerakkan oleh Maharaja Mikado Meiji (1868) untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. Gerakan pemulihan Jepun menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat.

Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah.

Pemulihan meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan yang menjadikan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20.

Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Asia Tenggara (Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan Indonesia) merupakan gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat.

Di Thailand, gerakan nasionalisme bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme.

Nasionalisme Filipina

Bertujuan untuk menghapuskan penjajahan asing.

Nasionalisme awal berbentuk Gerakan Propaganda dipimpin oleh Jose Rizal.

  1. Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol
  2. Mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
  3. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina (1892) mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial.

Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk menuntut kemerdekaan Filipina melalui revolusi (radikal).

  1. Katipunan menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusinya.
  2. Bonifacio dan Aguinaldo telah memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1896 untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol, tetapi gagal.

Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.

  1. Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo (1899) tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat.
  2. Golongan nasionalis mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi (melalui parti politik sederhana).
  3. Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina pada tahun 1907.
  4. Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan oleh golongan nasionalis sehingga Perang Dunia Kedua.

Nasionalisme Burma (Myanmar)

  • Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British.
  • Dipimpin golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat kerana pengaruh British mengancam kedudukan agama Buddha.
  • Mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.
  • Persatuan ini menggunakan isu kasut untuk membangkitkan nasionalisme.
  • Persatuan Belia Buddha diambil alih oleh pemimpin yang lebih radikal seperti U Ba Pe.
  • Persatuan ini dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma dan mula memperjuangkan isu yang berkaitan dengan bangsa Burma.
  • Pada tahun 1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka.
  • Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi dan mencetuskan Pemberontakan Saya San (1930-1932). Pemberontakan yang diketuai oleh Saya San, bekas pongyi mendapat sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai jenis cukai.
  • Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India telah merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
  • Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk memperjuangkan kemerdekaan Burma.
  • Pemimpin parti tersebut, Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (bermaksud tuan) menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma.
  • Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 1937 kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

Nasionalisme Indonesia

  1. Nasionalisme awal berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda.
  2. Raden Adjeng Kartini mempelopori perjuangan memajukan pendidikan wanita.
  3. Karya Kartini, Hilang Gelap Terbitlah Terang dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1911 dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa lnggeris dengan judul Letters of a Javanese Princess.
  4. Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia.
  5. Nasionalisme seterusnya berkembang apabila munculnya pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat.
  6. Nasionalisme menjadi semakin radikal dengan penubuhan parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI).
  7. Kepimpinan Soekamo menjadikan PNI sebagai sebuah parti yang berpengaruh.
  8. Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda” menjadi tonggak nasionalisme.
  9. Soekarno mempelopori pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI), gabungan parti politik Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan.

Nasionalisme Thailand

  1. Berbeza dengan gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan.
  2. Nasionalisme Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.
  3. Nasionalisme di Thailand dipelopori oleh Raja Thailand melalui usaha diplomasi dan permodenan.
  4. Raja Mongkut membina hubungan baik dengan kuasa Barat (British, Amerika Syarikat dan Perancis)
  5. Melakukan pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat.
  6. Membawa masuk Penasihat Barat untuk melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran kewangan. pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis.
  7. Guru dari Barat, terutamanya British dibawa masuk untuk melaksanakan sistem pendidikan Barat.
  8. Langkah ini membentuk imej Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat.
  9. Pemodenan dan dasar terbuka Raja Mongkut diteruskan oleh Raja Chulalongkorn untuk menjadikan Thailand negara yang bebas daripada penjajahan kuasa Barat.
  10. Nasionalisme dalam kalangan rakyat timbul semasa pemerintahan Raja Vajiravudh.
  11. Kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
  12. Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai (1932), menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
  13. Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan, raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Thailand yang dijalankan oleh Perdana Menteri.
  14. Seterusnya, Nasionalisme berkembang kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
  15. Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang- undang nienyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi.
  16. Semasa Perang Dunia Kedua, dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun.
  17. Thailand turut memperoleh semula hak wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

  1. Kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung.
  2. Sultan Mahmud Shah setelah berundur dari Melaka, berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis, namun serangan tersebut menemui kegagalan.

Perjuangan Sultan Kedah

Sultan Abdullah Mukarram Shah berusaha untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Perjuangan baginda merupakan perjuangan terawal menentang British di Kedah.

Perjuangan Tokoh-Tokoh Lain

  1. Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong bersungguh-sungguh menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
  2. Perjuangan mereka bersifat setempat. namun selari dengan erti nasionalisme, iaitu perjuangan membebaskan negara daripada ancaman luar dan mendaulatkan wilayah masing-masing.
  3. Reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah telah memaksa nasionalis kita bergerak secara sederhana.

Perjuangan Tokoh Agama

Dibawa oleh gerakan Islah sejak awal abad ke-20. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al- Hadi.

Perjuangan Melalui Penulisan & Pertubuhan Sosioekonomi

  1. Perjuangan melalui penulisan kreatif dan akhbar yang digerakkan oleh individu seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub.
  2. Perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu, seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Burhanuddin al-Helmi. Kekangan kewangan, halangan undang-undang dan pengawasan ketat pemerintah, perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat tetap mereka teruskan.

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Peranan Agama

Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan perjuangan gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida.

Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan al-Quran dan Hadis serta menentang imperialisme Barat di negara Islam.

Penulisan Kreatif

  • Novel, cerpen dan puisi digunakan sebagai wadah untuk mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat.
  • Memberi kesan kepada rakyat untuk menaikkan semangat mereka bagi memahami realiti hidup masyarakat yang dijajah seperti novel Melor Kuala Lumpur (Harun Aminurrashid) dan cerpen Cerita Awang Putat (Abdul Rahim Kajai).
  • Karya Pak Sako turut menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan.

Media Cetak

  1. Akhbar dan majalah berperanan sebagai penyalur maklumat dan penyebar berita. Antara akhbar awal ialah Jawi Peranakan (menegur campur tangan British dalam soal agama Islam di Singapura dan isu Bahasa Melayu).
  2. Akhbar Sekola Melayu digunakan sebagai bahan pembacaan di sekolah Melayu.
  3. Al-lmam, Neracha dan Pengasuh memuatkan idea pembaharuan.
  4. Akhbar Fajar Sarawak yang diterajui oleh angkatan intelektual Melayu diterbitkan sebagai wadah bagi mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak

Sistem Pendidikan

Pendidikan moden Islammenerusi penubuhan madrasah telah meniupkan semangat baharu dalam kalangan pelajar pada awal abad ke-20 (Madrasah al-Attas di Johor Bahru 1914, Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang 1916 dan Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Kangsar 1926).

Institusi ini menerima idea nasionalisme melalui kunjungan para ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan kepulangan pelajar dari Mesir yang menyebarkan idea kemajuan dan pemodenan kepada masyarakat.

Raffles Institution di Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris atau Sultan Idris Training College (SITC) melahirkan golongan yang memimpin rakyat menuntut hak untuk mendapatkan pendidikan.

Melalui sistem pendidikan pelajar didedahkan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat yang memperlihatkan kelemahan bangsa yang dijajah serta mendesak British melakukan pembaharuan. Contohnya, SITC menjadi medan ilmu untuk berbincang dan menghasilkan karya nasionalisme bagi menyedarkan masyarakat.

Kemunculan Golongan Intelektual

Perkembangan sistem pendidikan, melahirkan golongan intelektual lepasan Timur Tengah seperti Syed Sheikh al-Hadi. Beliau menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat.

Intelektual berpendidikan Inggeris dan Melayu seperti Abdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd Said (Abu Bakar al-Baqir) dan Ibrahim Haji Yaakob, menggunakan akhbar serta menubuhkan persatuan bersifat sosioekonomi dan politik untuk menyedarkan rakyat tentang nasionalisme.

Pengaruh Luar Serta Serantau

  • Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah menyedarkan umat Islam untuk bersatu menentang ancaman luar.
  • Pengaruh Gerakan Islah di Mesir menggesa umat Islam melakukan pembaharuan yang progresif.
  • Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia yang berjaya menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan untuk memperjuangkan nasib mereka.
  • Gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen berjaya menewaskan kerajaan Manchuria dan menubuhkan sebuah negara Republik menimbulkan kesedaran nasionalisme kepada rakyat di negara kita untuk menentang penjajah.
  • Perjuangan Mahatma Gandhi di India yang menentang British tanpa kekerasan menjadi inspirasi kepada golongan nasionalis.
  • Perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Soekarno di Indonesia menyemarakkan usaha menentang penjajah di negara kita.

2.7 Perkembangan Nasionalisme

Perkembangan nasionalisme di negara kita boleh dilihat melalui tiga aspek:-

  1. Dipelopori oleh golongan intelektual.
  2. Penulisan oleh golongan guru, penulis dan wartawan yang menghasilkan karya (akhbar, majalah, novel, cerpen serta puisi).
  3. Kewujudan pertubuhan atau persatuan bersifat sosioekonomi dan politik yang diterajui oleh pelbagai pihak.

2.7.1 Perjuangan Golongan Intelektual Berpendidikan Agama

Peranan tokoh (Kaum Muda)

  1. menyalurkan idea melalui gerakan Islah dan menjadikan agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat.
  2. Tokohnya Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha. Kesedaran mereka ini didorong oleh kecenderungan terhadap gerakan Islah semasa menuntut di TimurTengah.

Penubuhan madrasah

  1. Kesedaran pentingnya pendidikan menyebabkan lebih banyak madrasah ditubuhkan yang membawa kesan positif kepada masyarakat (Madarasah menyebarkan fahaman Islah)
  2. Madrasah yang ditubuhkan seperti Madrasah al-Attas di Johor Bahru, Johor, Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah di Pokok Sena, Kedah dan Maahad al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak.
  3. Pelajarnya membawa kemajuan dan pemodenan dari aspek sikap serta pentafsiran terhadap Islam. Wanita juga diberikan peluang belajar di madrasah.
  4. Pembentukan intelektual baharu Islam telah mendorong mereka berusaha menyatukan rumpun Melayu dan memajukan Islam melalui pentafsiran baharu seperti yang dibawa oleh reformis Mesir.
  5. Idea mereka disalurkan melalui akhbar dan majalah (Al- Imam, Al-lkhwan, Nerachadan Tunas Melayu) yang membangkitkan kesedaran nasionalisme.

Intelektual Berpendidikan Inggeris

  1. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK 1905) melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris dan berperanan dalam perkembangan nasionalisme.
  2. Tujuan awal ditubuhkan adalah untuk melatih anak bangsawan bagi diserapkan dalam pentadbiran kerajaan British.
  3. Lepasan maktab ini menggunakan kedudukan mereka untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi orang Melayu.
  4. Lepasan maktab ini (Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad Eunos Abdullah dan Raja Uda Raja Muhammad) bertugas sebagai pegawai kerajaan menuntut British memperbaiki taraf hidup orang Melayu, di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan.
  5. Mereka menyalurkan idea dan tuntutan dengan cara berbaik-baik dengan British serta menggunakan akhbar (Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Utusan Melayu).

Intelektual Berpendidikan Melayu

Maktab Perguruan Sultan ldris (SITC 1922) berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa melalui beberapa usaha seperti yang berikut:

  • Peranan guru (O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun Aminurrashid)
  • Berjaya meniupkan kesedaran dalam kalangan pelajar sehingga lahir ramai tokoh penulis dan nasionalis.
  • Kewujudan Pejabat Karang Mengarang (Ketua Penterjemahnya Za’ba), berjaya menghasilkan buku berkualiti, di samping menjadi pemangkin mengasah bakat pelajar dalam usaha membangkitkan semangat kebangsaan. Tokoh nasionalis yang muncul daripada kepesatan karya pejabat ini ialah Buyong Adil dan Abdul Hadi Hassan.
  • Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia menjadikan SITC sebuah taman ilmu yang mendedahkan pembaharuan dari negara luar.
  • Kurikulum SITC menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan pendedahan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu membangkitkan kesedaran kepada penuntutnya. Mata pelajaran Anyaman dan Kesihatan serta Sukan dianggap penting dalam kurikulum di SITC.
  • Pada tahun 1929, lahirlah Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo yang akhirnya melahirkan persatuan radikal, iaitu Kesatuan Melayu Muda.

2.7.2 Perjuangan Melalui Penulisan (akhbar, majalah, novel, cerpen dan puisi)

Akhbar dan Majalah

  1. Akhbar dan majalah memainkan peranan mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa, polemik antara Kaum Muda dengan Kaum Tua serta isu pentadbiran, ekonomi dan sosial.
  2. Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar pada masa itu.
  3. Intelektual berpendidikan Melayu dan Inggeris terlibat dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu pada awal abad ke-20.
  4. Mohammad Eunos Abdullah menerajui akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu.
  5. Akhbar lain ialah Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis dan Majalah Guru.
  6. Pengarang seperti Muhammad Yusof Ahmad (Tok Kenali), Muhammad Yusof Abdul Hamid, Dato’ Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai telah menyuarakan tentang pendidikan dan isu politik tanah air.
  7. Akhbar berbahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan The Malaya Tribune turut memuatkan perkembangan sosiopolitik dan ekonomi di negara kita.
  8. Di Sarawak, akhbar Fajar Sarawak (ditulis oleh Muhammad Rakawi Yusuf, Muhammad Awi Anang, Muhd Daud Abdul Ghani serta Haji Abd Rahman Kassim) menjadi saluran untuk menyedarkan kaum yang dijajah.
  9. Seruan dalam Fajar Sarawak, “fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku” menggesa masyarakat bangkit menuju kemajuan.
  10. Di Sabah, kebanyakan isu pendidikan, tanah bumiputera dan kewangan petani disuarakan oleh Ketua-ketua Anak Negeri dalam mesyuarat mereka dan melalui aktiviti persatuan sosiobudaya.

Akhbar Masyarakat Cina

  1. Editor akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat Huachiao (kaum Cina seberang laut) untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita dan menyemai perasaan cinta akan negara China. Orientasi dan aspirasi penulisan akhbar (Lat Pau dan Modern Daily News) cenderung ke arah negara asal mereka.
  2. Menjelang abad ke-20, akhbar (Nanyang Tsung Hui Pao dan Chong Shin Yit Pao) memuatkan soal pemerintahan monarki serta pergolakan politik di China.
  3. Menjelang tahun 1929, Orientasi penulisan lebih bersifat anti imperialisme.
  4. Sekitar tahun 1930-an, akhbar Nanyang Siang Pao di Pulau Pinang mula memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat kelas bawahan.

Akhbar Masyarakat India

  1. Masyarakat India cenderung menerbitkan akhbar walaupun beroperasi dalam tempoh yang singkat. Kandungannya memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India di negara ini (akhbar Tamil Nesan dan Tamil Murasu).
  2. Akhbar The Indian dan Indian Pioneer memuatkan pemikiran dan kepentingan perpaduan bagi masyarakat kelas menengah India di negara ini.
  3. Akhbar Tamil Nesan yang pada awalnya diterbitkan oleh peniaga India turut melaporkan perkembangan di India dan kepentingan sosiopolitik masyarakatnya.

Karya Kreatif

  1. Kemunculan novel berjaya meniupkan nasionalisme dalam kalangan penduduk di negara kita. Karya novel bertemakan semangat cinta akan negara dan perjuangan membela nasib bangsa. Contohnya, dalam novel Mori Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi.
  2. Kebanyakan puisi bertemakan cinta akan negara seperti “Angan-angan dengan Gurindam” oleh Omar Mustaffa, “Sedarlah” oleh Mahmud Ahmadi, “Semenanjung” oleh Harun Aminurrashid dan “Serunai Pujangga” oleh Abdul Samad Ahmad.
  3. Kebanyakan cerpen bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air yang dapat dilihat melalui karya Ishak Haji Muhammad. “Rumah BesarTiang Sebatang”, Abdul Rahim Kajai, “Cerita Awang Putat” dan Shamsuddin Salleh “Di Sini Kila Bukannya Orang Dagang”.

2.7.3 Perjuangan Melalui Persatuan

Kesatuan Melayu Singapura

  1. Persatuan awal ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Mohammad Eunos Abdullah.
  2. Penubuhan bertujuan menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran, memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan serta mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi.
  3. Kejayaan KMS mendorong penubuhan persatuan negeri lain (Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Negeri Sembilan) yang dianggotai oleh kakitangan kerajaan. Mereka bekerjasama dengan British dan meminta supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran.

Persaudaraan Sahabat Pena

  1. Ditubuhkan bagi menggalakkan ahlinya bersatu dan bertukar-tukar pendapat.
  2. PASPAM yang bermula di Pulau Pinang pada tahun 1934, berkembang dan mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu (tahun 1934-1939).
  3. Usaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan berjaya menghimpunkan wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Sarawak untuk mengutarakan isu kebangsaan.
  4. PASPAM Sarawak (cawangan Kuching) diasaskan oleh Muhammad Rakawi Yusuf mempunyai hubungan baik dengan ahli KMS. Beliau bersama-sama dengan Johari Anang turut mengasaskan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) pada tahun 1939.
  5. Di Sabah, ramai tokoh bumiputera Sabah bergiat aktif dalam organisasi berbentuk penulisan sehingga membangkitkan kesedaran tentang pentadbiran di Sabah. Kesedaran berpersatuan dalam kalangan masyarakat Sabah wujud pada akhir tahun 1930-an.
  6. Penubuhan cawangan PASPAM di Jesselton (Kota Kinabalu), Tawau dan Labuan pada tahun 1939 meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan ahlinya. Kebanyakan ahli PASPAM di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pegawai rendah kerajaan dan peniaga. Antara tokohnya termasuklah Mohammad Yaakob, Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Gunn.

Kesatuan Melayu Muda

  1. Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei 1937 dan didaftarkan pada tahun 1938.
  2. KMM berjuang melalui akhbar Majlis dan berhasrat untuk menentang British dengan mewujudkan gagasan Melayu Raya melalui gabungan Tanah Melayu dan Indonesia.
  3. KMM menyeru orang Melayu untuk “bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun dan kesopanan di tanah airnya”.
  4. KMM dianggap radikal oleh British kerana berani menyuarakan penentangan terhadap kerajaan kolonial dan membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar dan majalah.

Persatuan Masyarakat Cina

  1. Sebelum Perang Duma Kedua, masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di China. Pemimpin revolusi China scpcrti Dr. Sun Yat Sen berusaha menjalinkan kcrajaan Manchuria di China.
  2. Terdapat masyarakat Cina yang memberikan perhatian kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan di negara kita (contohnya yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan).
  3. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim.
  4. Mereka menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) di Negeri-negeri Selat. Persatuan ini menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal dalam kalangan masyarakat Cina. Pada tahun 1915, Tan Cheng Lock menghidupkan cawangan SCBA di Melaka. Beliau juga menuntul peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.

Persatuan Masyarakat India

  1. Masyarakat India menubuhkan beberapa pertubuhan awal bagi menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu (Persatuan India Taiping dan Persatuan India Pulau Pinang).
  2. Pada tahun 1927, Persidangan India Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur.
  3. Persidangan ini bertujuan mcmbincangkan isu berkaitan dengan masyarakat India.
  4. G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association (MIA), khusus bagi golongan India yang dilahirkan di Tanah Melayu.
  5. Pada bulan Oktober 1936, Central India Association of Malaya (CIAM) ditubuhkan dipimpin Dr. A.M. Soosay. Ia menggabungkan 12 persatuan India dan empat dewan perniagaan berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah Melayu dan menjaga kebajikan mereka. Pergerakan CIAM disemarakkan lagi dengan lawatan Pandit Jawaharlal Nehru ke Tanah Melayu pada tahun 1937.
  6. Masyarakat Sikh yang terlibat dalam pasukan keselamatan menjadikan berek polis atau kuaters kerajaan serta gurdwara sebagai tempat aktiviti sosial dan keagamaan. Gurdwara menjadi tempat penting bagi masyarakat Sikh mengembangkan kesedaran politik anti-British.
  7. Pada tahun 1902, Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping, Perak dan menjadi persatuan berpengaruh untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh.
  8. Masyarakat India Muslim ramai yang terlibat dalam kegiatan pemiagaan dan pentadbiran. Contohnya, Sir Hussein Hasanal Abdoolcader yang merupakan ahli dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat atau Straits Settlement Legislative Council (SSLC).

2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme

Kesan Politik

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris dan KMS menggesa kerajaan meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British, hasilnya bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah.

Dasar desentralisasi British mendorong orang Melayu peka tentang masa depan mereka.

Kesannya, orang Melayu mula menyuarakan kepentingan berpersatuan bagi membincangkan soal politik sehingga tertubuhnya persatuan peringkat negeri.

Nasionalisme di China mendorong golongan revolusi memberikan perhatian terhadap pendidikan masyarakat Cina. Kelab bacaan dan pasukan drama ditubuhkan agar masyarakat di sini dapat membaca berita dari China.

Banyak sekolah Cina didirikan di Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.

Sekitar tahun 1930-an dan 1950-an, muncul masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu dan mereka lebih gemar dikenali sebagai “the Strait born people”. Mereka berusaha untuk membentuk identiti tersendiri dan semakin mementingkan perpaduan serta mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu.

Nasionalisme yang muncul menyebabkan British berhati-hati dan bertindak mengadakan beberapa sekatan. British menangkap, tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam dan dipenjarakan di Singapura pada tahun 1941.

Kesan Ekonomi

Hasil gesaan Kaum Muda terhadap masyarakat Melayu supaya memajukan diri dalam pendidikan dan membangkitkan semangat berniaga, tertubuh persatuan kebajikan (al-Jamiah al-Khairiah) di Singapura. Persatuan ini berjaya membangkitkan semangat berniaga dan menulis rencana berinformasi tentang kepentingan kemajuan.

Pada awal abad ke-20, British menekankan pendidikan pada peringkat rendah kepada penduduk tempatan, ini menyukarkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Za’ba telah membangkitkan isu ini semasa mengajar di SITC dan menyedarkan guru pelatih akan pentingnya pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris.

Akhbar berbahasa Inggeris (The Malay Mail dan The Malaya Tribune) berusaha mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara. Usaha ini disokong oleh Persekutuan Guru-guru Melayu Selangor dan persatuan negeri. Pada masa itu. terdapat orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tunku Yaacob dan Mohd Zain Ariffin.

Kesan Sosial

Tuntutan bagi mendapatkan peluang pendidikan yang disuarakan melalui akhbar, majalah dan persatuan mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat untuk belajar di madrasah dan sekolah Melayu. Kesedaran ini juga mendorong mereka menulis dan menerajui majalah sendiri.

Lepasan SITC menunjukkan peningkatan daripada 58 orang (Mac 1924) kepada 141 orang (September 1940).

Lepasan SITC berkhidmat sebagai guru untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan masyarakat.

Kemunculan ramai guru wanita menyemarakkan perkembangan nasionalisme.

Pada tahun 1930, guru wanita di Johor Bahru menerbitkan majalah Bulan Melayu memuatkan berita kemajuan dan pendidikan wanita dan tersebar di Tanah Melayu dan Indonesia.

Penggerak utama Bulan Melayu, (Ibu Zain) mengingatkan wanita berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita.

Masyarakat India dan Ceylon telah menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka. E.E.C. Thuraisingham berjaya membantu meningkatkan perusahaan getah semasa zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an.

Masyarakat Cina meminta kerajaan British menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerajaan.

Tan Cheng Lock (anggota Majlis Perundangan Negeri- negeri Selat) menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana untuk masyarakat Cina.

Similar Posts