|

Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 – Membina Kemakmuran Negara

Membina Kemakmuran Negara

8.1 Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990. DEB dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang merangkumi empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia.

Dasar ini bertujuan memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, antara wilayah dan antara kawasan dalam wilayah yang sama.

Latar Belakang Pembentukan

Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada bulan Januari 1970 dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat. MAPEN ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat. Hasilnya, terbentuk satu dasar ekonomi negara yang dikenali sebagai DEB.

Beberapa pakar ekonomi diamanahkan untuk merancang dan merangka dasar berkenaan. Antara pakar yang terlibat termasuklah Dr. Rais Saniman (Malaysia), Dr. Just Faaland (Norway) dan Dr. Jack R. Parkinson (Britain).

Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata.

Strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB)

  • Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.
  • Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Isu Sosioekonomi

  • Jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera.
  • Jurang sosioekonomi antara masyarakat desa dengan bandar.
  • Jurang sosioekonomi antara pantai timur dengan pantai barat.
  • Jurang sosioekonomi antara negeri.

8.2 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dengan menggunakan beberapa pendekatan bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui agihan ekonomi yang seimbang. Beberapa langkah dilaksanakan dalam usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Antaranya termasuklah meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkenalkan Rancangan Buku Hijau, memperkasakan peranan agensi kerajaan, pembangunan tanah oleh FELDA, pembangunan wilayah, pemilikan modal saham, pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan pendidikan untuk tenaga kerja mahir.

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat

Rancangan meningkatkan taraf hidup melibatkan penduduk di luar bandar dan di bandar.

a. Luar Bandar

Tumpuan diberikan kepada. penduduk miskin yang terdiri daripada petani, pekebun getah dan kelapa, nelayan, buruh dan penduduk kampung baharu.

  • Usaha pembangunan dilakukan menerusi kegiatan Gerakan Koperasi yang sedia ada di luar bandar.
  • Program yang dilaksanakan termasuklah penerokaan tanah baharu, bantuan peralatan pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pusat kemajuan peladang.

b. Bandar

Penduduk di bandar pula menghadapi kemiskinan disebabkan pendapatan yang rendah dan masalah perumahan.

  • Usaha dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan pelbagai jenis perindustrian dan perniagaan yang membuka peluang pekerjaan lebih banyak dan meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai kaum.
  • Golongan ini juga disediakan dengan kemudahan asas seperti pendidikan, bekalan air dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah.

c. Rancangan Buku Hijau

Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.

  • Matlamat rancangan ini untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara.
  • Rancangan ini memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya.
  • Mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan, pemasaran yang baik dan projek kecil yang lain.

d. Peranan Agensi Kerajaan

Beberapa agensi kerajaan ditubuhkan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatarr rakyat dan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk semua kaum. Agensi ini juga memberikan bantuan dari segi peralatan, biji benih, kemudahan pinjaman dan khidmat nasihat.

Antara agensi tersebut termasuklah Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) atau dikenali sebagai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

• Ditubuhkan pada tahun 1971 untuk meningkatkan taraf hidup nelayan dan memodenkan industry perikanan.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

• Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil, petani dan peladang yang terlibat dalam kegiatan koperasi

Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)

• Ditubuhkan pada tahun 1971 untuk mengawal selia sector padi dan beras serta menstabilkan harga padi. Pada tahun 1994 dikenali sebagai Beras Nasional (BERNAS)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

• Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu dalam penyelidikan dan penanaman semula getah

e. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pembangunan Tanah

Pembukaan tanah baharu untuk pertanian dilakukan secara teratur di bawah FELDA. Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke kawasan FELDA yang baru dibangunkan.

  • Mereka diberi tanah seluas 10 ekar untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit, getah dan rumah kediaman.
  • Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti klinik, sekolah, pengangkutan dan koperasi FELDA yang dapat mengubah taraf hidup mereka.
  • FELDA juga menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi meneroka pembukaan tanah baharu untuk pertanian.
  • Di Sabah, kerjasama FELDA dengan Yayasan Sabah telah membawa kepada pembukaan Felda Wilayah Sahabat (Lahad Datu) dan Felda Umas (Tawau).
  • FELDA juga mengadakan kerjasama dengan Sarawak melalui Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) untuk pembukaan ladang kelapa sawit.

f. Pembangunan Wilayah

Program pembangunan wilayah dijalankan dengan pembukaan tanah untuk industri getah dan kelapa sawit.

  • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
  • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Urban Development Authority (UDA) atau dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar ditubuhkan pada tahun 1971 yang berperanan dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baharu. Antaranya termasuklah pembukaan bandar baharu dan kawasan perindustrian di Bandar Tun Hussein Onn (Cheras) dan Bandar Baru Uda (Skudai).

g. Pemilikan Modal Saham

Kaum bumiputera ketinggalan dalam pemilikan saham syarikat perdagangan. Keadaan ini mewujudkan perbezaan dari segi taraf hidup dan jumlah pendapatan antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera.

  • Usaha dilakukan untuk menambah pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) melalui penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 17 Mac 1978.
  • Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dilancarkan untuk memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad.
  • Kaum bukan bumiputera turut diberi peluang dalam pemilikan modal saham dengan pengenalan Amanah Saham Malaysia.

h. Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS]

Industri kecil dan sederhana merujuk industri pembuatan barangan menggunakan modal yang kecil dan tenaga kerja yang tidak ramai. Rakyat diberi peluang mengusahakan industri desa serta IKS. Usaha ini bagi memperbaik taraf hidup rakyat serta menambah daya pengeluaran dan pendapatan

  • Industri ini meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa.
  • Antara IKS yang berjaya termasuklah Best Farm Co., Nurul Food Industry Enterprise, Ramly Food Processing Sendirian Berhad dan Faiza Marketing Sendirian Berhad.
  • Pinjaman, insentif dan nasihat diberikan melalui Bank Bumiputra (1965), Perbadanan Nasional Berhad (1969), Bank Pertanian Malaysia (1969) yang kini dikenali sebagai Agrobank, Skim Pinjaman Khas Pertanian (1970) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (1987).

Hasilnya, muncul ramai usahawan muda yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

i. Pendidikan Tenaga Kerja Mahir

Kerajaan mengambil langkah untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu menampung keperluan dalam bidang pertanian dan perindustrian.

  • Asas kepada latihan kemahiran ini diberikan sejak di bangku sekolah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada duajurusan, iaitu akademik dan vokasional.
  • Bagi memenuhi keperluan ini, sekolah teknik dan vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik, Universiti Teknologi Malaysia dan Uhiversiti (lnstitut)Teknologi Maraditubuhkan.
  • Kursus kemahiran ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk menampung permintaan terhadap tenaga kerja mahir.

Kesannya, pekerja mahir dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.

8.3 Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dan DEB berakhir pada tahun 1990. Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1970-1990), ekonomi Malaysia berkembang dengan pesatnya.

Kejayaan menyeluruh yang telah dicapai memerlukan masa yang lebih lama untuk menampakkan hasil yang berkesan. Usaha yang dilaksanakan melalui DEB diteruskan pula oleh DPN.

1. Latar Belakang Pembentukan

Matlamat DPN adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar dengan luar bandar melalui beberapa aspek. Matlamat DPN dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Keenam dan Rancangan Malaysia Ketujuh.

2. Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Matlamat DPN adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar dengan luar bandar melalui beberapa aspek. Matlamat DPN dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Keenam dan Rancangan Malaysia Ketujuh.

3. Objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Objektif DPN adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan memperkukuh kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf negara yang maju dalam semua aspek seperti keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan serta kecemerlangan ekonomi.

4. Strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menggunakan beberapa strategi yang merangkumi bidang ekonomi, sosial serta pembangunan kemudahan fizikal untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Ekonomi

  1. Pelibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara.
  2. Melaksanakan program penanaman semula.
  3. Penggunaan sains dan teknologi.
  4. Meningkatkan pemilikan saham bumiputera.

Sosial

  1. Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum.
  2. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
  3. Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif.

Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar

  1. Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas.
  2. Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar.

8.4 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Strategi asas DEB diteruskan dalam pelaksanaan DPN, iaitu membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk memperbaik ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. Pelaksanaan DPN juga dilakukan melalui pemilikan modal saham dan pembangunan wilayah.

1. Pembasmian Kemiskinan

Kerajaan meneruskan usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan pelbagai kaum khasnya golongan bumiputera.

  • Pemberian subsidi dan sokongan diteruskan kepada golongan penanam padi dan nelayan. Tumpuan diberikan kearah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.
  • Golongan belia pula diberi latihan di agensi kerajaan seperti Pusat Latihan Kemahiran Giatmara dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi membolehkan mereka mendapatkan kerja yang berkaitan dengan kemahiran dan berpendapatan tinggi.

2. Penyusunan Semula Masyarakat

Langkah menyusun semula masyarakat dilakukan dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Hal ini bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153).

  • Meningkatkan tenaga kerja dan penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan.
    Latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan diberikan oleh agensi kerajaan.
  • Pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bukan bumiputera turut dilaksanakan.
  • Perhatian khusus diberikan kepada penyertaan bumiputera dalam IKS.
  • Usaha sama secara aktif antara bumiputera dengan bukan bumiputera digalakkan untuk membolehkan syarikat bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.
  • Bagi membolehkan bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan dengan teknologi terbaru, di samping kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dalam pasaran antarabangsa.

3. Penyusunan Semula Modal Saham

Penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat terus dilaksanakan di bawah DPN. Langkah ini dibuat supaya bahagian saham kaum bumiputera dapat dipertingkatkan selaras dengan matlamat asal DEB bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.

Tindakan akan diambil melalui program penswastaan bagi memperuntukkan sejumlah saham untuk projek yang diswastakan kepada bumiputera. Penswastaan syarikat perniagaan milik agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera seperti yang berikut:

  • Majlis Amanah Rakyat (MARA).
  • Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Pada masa yang sama, kaum bukan bumiputera diberi peluang untuk menyertai projek penswastaan.

4. Pembangunan Wilayah

Kerajaan meneruskan rancangan pembangunan wilayah untuk meningkatkan integrasi ekonomi yang saling melengkapi antara negeri. Usaha memperbaik ketidakseimbangan pembangunan wilayah memudahkan pencapaian kesamarataan pendapatan antara kaum di negara ini.

  • Malaysian Agricultural Research and Development Institute – MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) ditingkatkan.
  • Konsep pertanian pintar digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian.
  • Penyebaran industri terpilih digalakkan dengan mendorong sektor swasta menempatkan semula kilang tambahan di negeri yang kurang maju dengan kemudahan fizikal, pendidikan, kesihatan dan perumahan. Kawasan-kawasan ini akan menjadi pusat pertumbuhan baharu ekonomi yang dapat menyumbang kepada pembangunan wilayah.

8.5 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Pelaksanaan DEB dan DPN membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi serta taraf hidup penduduk. Pencapaian kedua-dua dasar ini dapat dilihat dari aspek sosial dan ekonomi.

Aspek Sosial

Pencapaian dari aspek sosial dapat dilihat dari segi penurunan kadar kemiskinan, peningkatan kualiti hidup, kemunculan golongan pertengahan, masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Selain itu, pencapaiannya juga meliputi pembangunan pendidikan, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan serta perkembangan bandar baharu.

1. Penurunan Kadar Kemiskinan

Kadar kemiskinan di Malaysia berjaya dikurangkan. Usaha kerajaan mempelbagaikan kegiatan ekonomi membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan isi rumah yang melibatkan semua kaum.

Kerajaan juga menambah baik peluang untuk rakyat mendapatkan kemudahan awam yang dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup. Keperluan tenaga kerja dalam bidang pertanian dan perindustrian dapat mengurangkan masalah pengangguran dan kadar kemiskinan rakyat.

  • Pelaksanaan DEB menyebabkan kadar kemiskinan penduduk dapat dikurangkan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 17.1 peratus pada tahun 1990.
  • Pelaksanaan DPN pula mengurangkan kadar kemiskinan kepada 7.2 peratus pada tahun 2000.

2. Peningkatan Kualiti Hidup

Pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan menyebabkan kualiti hidup rakyat meningMt-uHal ini dapat dilihat dari aspek peningkatan tahap kesihatan rakyat yang semakin baik.

Begitu juga dari aspek pendidikan, pemilikan barang keperluan asas dan penyediaan infrastruktur seperti hosptal dan klinik untuk keperluan rakyat. Kualiti hidup menunjukkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara semakin baik selepas tahun 1990.

3. Kemunculan Golongan Pertengahan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan DPN berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam pekerjaan di bandar dengan kewujudan masyarakat baharu yang terdiri daripada golongan profesional, pemodal, teknikal, pentadbiran dan pengurusan.

  • Perkembangan ekonomi menyebabkan keperluan terhadap bidang kerja ini semakin meningkat.
  • Mereka dianggap sebagai golongan pertengahan dalam masyarakat.
  • Kemunculan golongan ini menunjukkan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak swasta memberikan kesan terhadap peningkatan taraf hidup rakyat.
  • Masyarakat baharu ini juga memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan dan kemakmuran negara.

4. Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera diwujudkan melalui DEB dan DPN yang bergiat dalam pelbagai bidang ekonomi.

  • Golongan ini membentuk kelas bumiputera komersial yang melibatkan diri dalam sektor korporat.
  • Muncul tokoh bumiputera dalam bidang perbankan, pemodal saham, pemilik syarikat, pemilik pelabuhan dan usahawan muda.
  • Kemunculan golongan ini turut memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin dengan tawaran pekerjaan dalam syarikat dan industri yang dimiliki oleh golongan ini.

5. Pembangunan pendidikan

Pembangunan pendidikan berlaku seiring dengan pembangunan ekonomi. Pembangunan ekonomi memerlukan tenaga kerja mahir yang berpendidikan.

  • Selepas tahun 1990, berlaku pertumbuhan institusi pendidikan di bawah kelolaan pihak kerajaan dan swasta.
  • Pada masa yang sama, muncul graduan dalam bidang sains, teknologi dan teknikal.
  • Kebolehan dalam bidang ini amat diperlukan kerana permintaan yang tinggi dalam bidang perindustrian dan k-ekonomi.
  • Pendidikan tinggi juga memperbaik taraf hidup rakyat Malaysia.

6. Pengangkutan dan Perhubungan

Pembangunan ekonomi memberikan kesan terhadap pemodenan pengangkutan awam. Pelaburan dibuat oleh pihak kerajaan dan swasta dalam bidang pengangkutan untuk memenuhi keperluan perindustrian serta perdagangan.

Jaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan yang moden merancakkan aktiviti ekonomi negara termasuklah ke kawasan pedalaman. Sistem pengangkutan juga memudahkan proses integrasi antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.

7. Perkembangan Wilayah

Perkembangan ekonomi melalui DEB dan DPN menyebabkan kemunculan beberapa bandar baharu. Antaranya termasuklah Felda Segitiga Jengka yang berkembang daripada sebuah tanah rancangan FELDA menjadi sebuah bandar. Bandar ini kemudiannya dikenali sebagai Bandar Tun Abdul Razak pada 7 Julai 2011.

  • Jengka ditubuhkan melaiui projek Segitiga Jengka oleh FELDA. Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak di antara tiga daerah, iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.
  • Pelbagai kemudahan perkhidmatan disediakan seperti pejabat pos, hospital, bank, institusi pendidikan, stadium mini, pusat perniagaan dan pejabat pentadbiran kerajaan.
  • Terdapat kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian di bandar ini seperti Kilang Alps, Kilang Bimbingan Bank Pembangunan serta bengkel kereta dan motor.

8. Aspek Ekonomi

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan DPN juga membawa perubahan dari aspek ekonomi. Kedua-dua dasar ini menyebabkan berlaku perkembangan dalam perindustrian dan perdagangan yang meningkatkan kestabilan ekonomi negara.

Perkembangan ini berasaskan perindustrian berteknologi tinggi, perkembangan kawasan perindustrian baharu dan industri kereta nasional.

9. Perindustrian Berteknologi Tinggi

Mulai tahun 1980-an, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan, iaitu industri berat yang bertujuan memperkukuh asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat dalam bidang teknologi yang lebih tinggi.

  • Perindustrian ini melibatkan penggunaan moden yang memerlukan kemahiran tinggi dan modal yang besar.
  • Industri teknologi tinggi dikendalikan oleh The Heavy Industries Corporation of Malaysia Berhad (HICOM) yang ditubuhkan pada tahun 1980.
  • Antara projek yang dilaksanakan termasuklah membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang, Johor), besi dan keluli (Perai, Pulau Pinang dan Teluk Kalung, Terengganu), loji gas cecair (Bintulu, Sarawak), stesen janakuasa (Raub, Pahang), kilang penapis petroleum (Kerteh; Lutong dan Port Dickson) dan satelit komunikasi.

10. Kawasan Perindustrian Baharu

Pelaksanaan DEB dan DPN mewujudkan pelbagai bentuk kawasan perindustrian. Autaranya termasuklah estet perindustrian, zon perindustrian bebas dan taman teknologi industri.

Rasional pembentukan kawasan perindustrian ialah berdekatan dengan sumber bahan mentah, infrastruktur dan bekalan buruh yang mencukupi. Di samping itu, kawasan ini membantu pembangunan ekonomi di kawasan sekitarnya yang kurang maju serta menambah pelaburan modal dari dalam dan luar nugira.

11. Estet Perindustrian

Estet perindustrian-dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah dan pihak swasta.

Kawasan ini dibangunkan sebagai bandar terancang yang mengandungi kawasan perumahan. pusat perniagaan dan perindustrian serta pusat rekreasi.

12. Taman Teknologi Perindustrian

Taman teknologi perindustrian merupakan pusat penyelidikan dan pembangunai industri Pusat ini di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi membangunkan teknologi perindustrian.

13. Zon Perindustrian Bebas

Zon Perindustrian Bebas merupakan kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai atau tarif sebagai insentif.

Tujuannya menarik pengusaha melabur dan merangsang ekonomi kawasan sekitarrya.

Kawasan ini sering digunakan oleh syarikat multinasional seperti Sime Darby Berhad, Axiata Group Berhad dan Proton Holdings Berhad untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.

14. Kenderaan Buatan Malaysia

Penubuhan HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia pada tahun 1983 telah menggalakkan pertumbuhan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.

  • Industri kereta tempatan dipelopori oleh Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA). PROTON ditubuhkan pada 7 Mei 1983 manakala PERODUA pula ditubuhkan pada tahun 1993.
  • Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) merupakan syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200 cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • Perusahaan kereta dan motosikal nasional membuka peluang pekerjaan untuk tenaga .kerja yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum di negara ini. Langkah ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan taraf hidup masyarakat.

Similar Posts