Nota Pendidikan Moral – Nilai Toleransi

Nilai Toleransi bermaksud kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Kandungan
Nilai Toleransi
KebaikanNilai Toleransi
Kebaikan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan bermasyarakat.
– Dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum
– Megeratkan hubungan antara kaum
– Menjamin hubungan baik terus berkekalan
– Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat
– Membolehkan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan lancar
Kesan tidak mengamalkan sikap toleransi
– Negara huru hara
– Pergaduhan dan perbalahan antara kaum berlaku
– Wujud prasangka dan buruk sangka antara kaum
– Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas
Matlamat utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
– Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
– Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
– Mempertingkat kualiti kehidupan manusia
Contoh aktiviti yang dapat meningkatkan sikap toleransi antara kaum.
– Rumah terbuka
– Sukan/sukaneka
– Jamuan muhibbah
– Sambutan hari kemerdekaan
– Permainan tradisional seperti congkak
– Sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.
Sikap yang ada pada masyarakat majmuk Malaysia untuk menjamin kehidupan yang aman dan harmoni.
– Sikap bertolak ansur antara satu sama lain
– saling memahami cara hidup antara kaum
– saling menghormati adat resam kaum lain
– Menerima perbezaan
Contoh yang menunjukkan masyarakat bersatu padu
– kehidupan yang aman, damai dan harmoni
– kestabilan politik dalam negara
– pertumbuhan ekonomi yang mantap
– kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah pelbagai acara antarabangsa
Perayaan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia
Majlis | Agama | Tujuan |
---|---|---|
Sambutan Maulidur Rasul | Islam | Memperingati hari kelahiran Nabi Muhamad s.a.w |
Perayaan Vasaki | Sikh | Menandakan Pertubuhan Khalsa oleh Guru Gobind Singh |
Good Friday | Kristian | Tanda memperingati penyaliban Nabi Isa kerana menebus dosa umat manusia |
Perayaan Ponggal | Hindu | Tanda kesyukuran atas nikmat Tuhan |
Hari Wesak | Buddha | Melambangkan kelahiran, pencerahan agung dan kewafatan Gautama Buddha |