|

Nota Pendidikan Moral – Nilai Kesederhanaan

Nota Pendidikan Moral – Nilai Kesederhanaan

Nilai Kesederhanaan bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Nilai Kesederhanaan

Contoh amalan nilai kesederhanaan:
– tidak boros berbelanja
– mengimbangi pencapaian kurikulum dan kokurikulum

Pembangunan insan

Sebab-sebab pembangunan fizikal perlu diseimbangkan dengan pembangunan insan.

– Melahirkan rakyat yang berilmu dan bermoral
– Kehidupan rakyat lebih aman dan harmoni
– Keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan

Bukti-bukti kerajaan menitikberatkan pembangunan insan.
– Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendidikan Islam.
– Kempen Penyayang dan Sekolahku Syurgaku
– Mewujudkan sekolah pendidikan khas.

Ramalkan kesan sekiranya sistem pendidikan sesebuah negara memisahkan ilmu daripada agama, moral, budaya dan nilai kemanusiaan.
– Pelajar yang tinggi pencapaian akademik tetapi tidak mengamalkan nilai – nilai murni.
– Kebajikan golongan kurang berupaya terabai
–  Institusi keluarga akan runtuh

Tingkah laku kesederhanaan

a. pertuturan
– bercakap sopan
– tidak menyinggung perasaan orang lain

b. perbelanjaan
– tidak boros
– berbelanja mengikut kemampuan

c. pemikiran
– mengambil pertimbangan yang tidak keterlaluan
– tidak buruk sangka

d. berpakaian
– bersesuaian dengan adat dan nilai masyarakat

Kesan tidak mengamalkan nilai kesederhanaan

Kesan tindakan manusia yang tidak menitikberatkan nilai kesederhanaan.

a. Hubungan manusia sesama manusia
– bersaing secara tidak sihat
– sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar kemewahan
– bertindak tanpa perikemanusiaan

b. Hubungan manusia dengan alam sekitar
– kualiti kehidupan manusia terjejas
– berlaku kemusnahan alam yang teruk

Similar Posts