|

Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 – Pembentukan Malaysia

Nota Sejarah Pembentukan Malaysia

5.1 Konsep Gagasan Malaysia

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu disusuli oleh pembentukan Malaysia melahirkan negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat. Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam rundingan dengan kerajaan British.

Kesepakatan antara semua pihak ini menzahirkan pembentukan Malaysia dan kemudiannya terbentuklah Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

Idea Gagasan Malaysia

Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara.

Antara idea lain yang pernah dilahirkan termasuklah Melayu Raya oleh gerakan nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua yang mahu mendapatkan kemerdekaan wilayah Alam Melayu daripada kuasa penjajah British, Belanda dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, idea ini lidak berjaya dilaksanakan.

Bagi pihak pegawai British, mereka mengemukakan idea penyatuan wilavatt penguasaan British di Asia T enggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekomfmi Langkah ini bertujuan memudahkan pentadbiran pihak British.

Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sitoah, Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.

5.2 Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia

Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan.

Idea Pegawai British

Tahun 1887

Cadangan terawal dikemukakan oleh Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam 1887 Borneo Utara di Dewan Parlimen Britain pada tahun 1887. Beliau mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan NNS supaya menjadi tanah jajahan yang besar.

Cadangan ini dikemukakan kerana pegawai British melihat potensi ekonomi melalui penggabungan wilayah ini.

Tahun 1951

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara bagi membentuk satu entiti politik dan ekonomi. Langkah ini bertujuan menyesuaikannya dengan rancangan dekolonisasi.

Pada tahun 1951, Sir Malcolm MacDonald mengadakan perbincangan dengan Dato’ Onn Jaafar, pemimpin United Malays National Organisation (UMNO) dan ahli Majlis Perundangan Persekutuan berkaitan dengan usaha menggabungkan Tanah Melayu, Singapura dan wilayah Borneo.

Tahun 1952

Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu meminta penggabungan wilayah ini disegerakan bagi tujuan keselamatan. Pada Januari 1960, mesyuarat pegawai tinggi British di Borneo bersetuju dengan cadangan pertahanan dan keselamatan.

Tahun 1960

Sir Geofroy Tory, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan penyatuan Singapura dan Persekutuan T anah Melayu atas kepentingan ekonomi. Cadangan ini mendapat sokongan Pejabat Kolonial.

Idea Penduduk Tempatan

Tahun 1906 Majalah Al-lmam menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi di Alam Melayu.

Tahun 1936 Konsep Meliyu Raya diperjuangkai oleh nasionalis Tanah Mela-m. Antaranya termasuklah Ibrahim Haji Yaakob, Harun Aminurrishid, Ahmad Boestamam. Ishak Haji Muhamnad (Pak Sako) dan Dr. Burhanuddin al- Helmi sejak sebelum Perang Dunia Kedua Idea mereka untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia Idea ini tidak berhasil apabila Presiden Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945 tanpa melibatkan Tanah Melayu.

Tahun 1955 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam ucapan di Persidangan Agung UMNO pada bulan Oktober 1955 mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu.

Tahun 1958 Datu Mustapha Datu Harun, pemimpin Sabah dalam satu pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Kuala Lumpur pada tahun 1958 menyatakan minat untuk membawa Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Tahun 1960 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memaklumi Lord Perth pada 10 jun 1960 bahawa beliau berminat untuk bergabung dengan Sarawak, Sabah, dan Singapura.

Rasional Idea Pembentukan Malaysia

Rancangan pembentukan Malaysia mula berjalan apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memberikan komitmen terhadap rancangan penggabungan semua wilayah yang terlibat dan mendapat sokongan kerajaan British. Terdapat beberapa faktor pembentukan Malaysia, iaitu keselamatan, keseimbangan komposisi penduduk, mempercepat kemerdekaan dan pembangunan wilayah.

1. Keselamatan

a. Ancaman Komunis di Singapura

Ancaman komunis di negeri ini telah menggugat keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menganggap Singapura akan menjadi pusat kegiatan komunis. Oleh itu, langkah penyatuan dengan Singapura ini dapat memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dalam bidang keselamatan dan pertahanan bagi membendung ancaman komunis di Singapura.

b. Perkembangan di Sarawak

Sarawak berhadapan dengan ancaman komunis melalui gerakan Clandestine Communist Organization (CCO). Dengan penyertaan Sarawak, kerajaan British berharap dapat membendung ancaman komunis.

2. Keseimbangan Komposisi Penduduk

Keputusan untuk menerima Singapura dalam Persekutuan akan mewujudkan ketidakseimbangan komposisi penduduk antara orang Melayu dengan orang Cina. Perkara ini dibimbangi oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan pemimpin UMNO. Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei akan menyeimbangkan komposisi antara kaum.

3. Mempercepat Kemerdekaan

Bagi pihak British, pembentukan Malaysia dapat merealisasikan rancangan dekolonisasi serta Borneo, mempercepat kemerdekaan terutamanya Sarawak dan Sabah.

4. Pembangunan Wilayah

Cadangan penyertaan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei membentuk sebuah negara bertujuan agar wilayah ini dapat bersatu dalam usaha mempercepat pelbagai bidang pembangunan. Pembentukan Malaysia boleh meningkatkan taraf hidup peribumi dalam pelbagai aspek seperti infrastruktur, sosial dan ekonomi yang lebih seimbang.

5.3 Reaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961. Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Terdapat pihak yang menerima baik cadangan pembentukan dan ada juga pihak yang menentang. Reaksi tempatan terdiri daripada penduduk dan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei. Reaksi negara jiran pula daripada Indonesia, Filipina dan Thailand.

Reaksi Awal terhadap Gagasan Malaysia

Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada pemimpin dan penduduk di Persekutuai Inah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.

a. Persekutuan Tanah Melayu

Pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia mendapat sambutan baik daripada penduduk dan parti politik di Persekutuan Tanah Melayu. Parti politik secara prinsipnya bersetuju dan menerima cadangan pembentukan Malaysia, Walaupun wujud perbezaan pendapat dalam melaksanakannya. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mendapat sokongan UMNO berkaitan dengan rancangan pembentukan Malaysia.

b. Sarawak

Di Sarawak pula terdapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan penduduk terhadap rancangan pembentukan Malaysia.

Menyokong

BARJASA yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub dan Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman menyokong pembentukan Malaysia. Sementara itu, PANAS yang dipimpin oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha, PESAKA pimpinan Temenggung Jugah anak Barieng dan SCA turut menyokong Malaysia.

Menentang

Pada peringkat awal, SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui dan SNAP yang diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan menentang cadangan pembentukan Malaysia.

Menentang Kemudian Menyokong

Pada peringkat awal, SNAP turut menentang rancangan pembentukan Malaysia. Walau bagaimanapun, SNAP kemudiannya menyokong berdasarkan cadangan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM).

Pada bulan Oktober 1962, PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak untuk menyokong Malaysia. Parti politik Sarawak menubuhkan gabungan menyokong Malaysia yang dinamakan Sarawak Alliance pada bulan Januari 1963.

c. Sabah

Penduduk di Sabah turut memberikan pelbagai reaksi terhadap rancangan pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal, penduduk Sabah berasa curiga dan bimbang. Ketika itu, Sabah sedang berkembang dalam kegiatan perdagangan manakala sistem perkhidmatan awam semakin baik. Penduduk pula bebas menjalankan kegiatan harian mereka. Sementara itu, kehadiran pasukan tentera British menjamin keselamatan mereka. Oleh itu, penduduk berpendapat bahawa tiada keperluan untuk bergabung.

Menyokong

Menjelang pembentukan Malaysia, terdapat parti politik utama ditubuhkan. .ntaranya termasuklah UNKO, USNO, Pasok Momogun dan Sabah Chinese Association (SCA). USNO yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun menyokong idea pembentukan Maiysia sejak awal lagi.

Parti politik di Sabah menubuhkan gabungan menyokong Malaysia yang dinamian Sabah Alliance pada bulan Oktober 1962. Parti gabungan ini terdiri daripada UNKO, USNO, United Pasok Momogun (UPKO), Democratic Party dan Sabah Indian Congress.

Menentang

Cadangan pembentukan Malaysia mengejutkan pemimpin dan penduduk di Sabah. Mereka melahirkan keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasingan atau membentuk sebuah Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka.

Kebanyakan penduduk di Sabah menganggap T anah Melayu terasing seperti Indonesia dan Filipina. Mereka mempersoalkan keadaan pemimpin tempatan yang perlu menyesuaikan diri dengan kegiatan politik, pilihan raya dan berkerajaan sendiri yang sudah diamalkan di Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa yang sama, jarak antara Sarawak. Sabah dengan Kuala Lumpur yangjauh juga menimbulkan masalah.

Disebabkan oleh kebimbangan tersebut, para pemimpin di Borneo membentuk Barisan Bersatu (United Front) pada 9 Ogos 1961 untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia. Barisan Bersatu ini dianggotai oleh Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), A.M. Azahari (Parti Rakyat Brunei) dan Donald Stephens (Fuad Stephens) daripada UNKO. Walau bagaimanapun, UNKO kemudiannya menyokong pembentukan Malaysia.

d. Singapura

Pemimpin dan penduduk Singapura turut memberikan reaksi terhadap pembentukan Malaysia.

Menyokong

People’s Action Party (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini.

Bagi golongan pedagang dan pengusaha industri pula, mereka menyokong pembentukan Malaysia kerana membuka peluang pasaran yang lebih besar kepada industri mereka.

Parti lain seperti Parti Buruh Singapura pada hakikatnya bersetuju tetapi menganggap gabungan ini sebagai suatu usaha yang sukar untuk dilaksanakan.

Menentang

Parti Rakyat Singapura menentang gagasan Malaysia.

Barisan Sosialis juga menentang penggabungan kerana menganggap pembentukan Malaysia sebagai penjajahan baharu. Mereka mencadangkan agar pandangan rakyat diperoleh sebelum Singapura menyertai Malaysia.

e. Brunei

Terdapat pelbagai reaksi daripada penduduk Brunei terhadap pembentukan Malaysia.

Menyokong

  1. Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia.
  2. Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan ini. Namun begitu, mereka ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.

Menentang

Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan. A.M. Azahari berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruh agar dapat menguasai ekonomi dan menjamin keselamatan.

Parti Rakyat Brunei khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan sekiranya menyertai gabungan ini.

Reaksi Negara Jiran

Negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand turut memberikan pelbagai reaksi terhadap rancangan pembentukan Malaysia.

a. Indonesia

Pada peringkat awal rancangan pembentukan Malaysia, kerajaan Indonesia tidak menentang. Dr. Mohammad Hatta, iaitu Naib Presiden Indonesia dan Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengalu-alukan idea pembentukan Malaysia.

b. Filipina

Presiden Diosdado Pangan Macapagal (Macapagal) dari Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana menuntut wilayah Sabah. Walau bagaimanapun, bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tuntutan ini adalah di bawah urusan kerajaan British.

c. Thailand

Kerajaan Thailand memberikan reaksi positif dan menerima idea pembentukan Malaysia. Pembentukan Malaysia dianggap memperkuat usaha ke arah keamanan di rantau Asia Tenggara.

5.4 Langkah Pembentukan Malaysia

Usul pembentukan Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961 dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan. Sokongan ini membolehkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menggerakkan usaha membentuk Malaysia. Pelbagai cara dilakukan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia. Antaranya termasuklah mengadakan lawatan ke negeri yang terlibat, penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM), referendum Singapura, rundingan London, Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).

5.5 Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia

1. Siri Lawatan

Julai 1961 -Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei. Lawatan ini untuk meninjau dan bertemu dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan pembentukan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengatur lawatan pemimpin Sarawak dan Sabah ke Persekutuan Tanah Melayu. Pada bulan Ogos 1962, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah anak Barieng, Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun mengadakan lawatan untuk meninjau kemajuan di Persekutuan Tanah Melavu.

November 1962 – Lawatan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ke Sarawak dan Sabah.

Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar Baba ke Sarawak dan Sabah. Lawatan ini menunjukkan terdapat kesepakatan dalam kalangan ahli politik di Tanah Melayu untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang rancangan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah.

2. Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)

Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) atau dikenali sebagai Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan ketika Persidangan Ahli- ahli Parlimen Komanwel di Singapura pada 23 Julai 1961. Mesyuarat JSKM diadakan sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.

Tujuan Penubuhan

  1. Meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia.
  2. Menyediakan ruang perbincangan bagi mendapatkan kata sepakat terhadap pembentukan Malaysia.
  3. Mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.
  4. Menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia.
  5. Memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepat pembentukan Malaysia. Aktiviti penghebahan seperti mendedahkan perkembangan kemajuan dalam bidang pentadbiran serta projek pembangunan di Persekutuan Tanah Melayu.

Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Donald Stephens dilantik menjadi pengerusi JSKM. Dalam mesyuarat kedua, JSKM membuat keputusan menyokong rancangan Malaysia. Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam memberikan kelahaman kepada pemimpin tempatan dan mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Malaysia.

3. Referendum Singapura

Rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura yang diadakan pada buian Ogos 1962 hingga bulan September 1962 menghasilkan persetujuan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia.

Satu referendum diadakan di Singapura pada awal bulan September 1962 menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia.

Keputusan referendum mendapati rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung membentuk Malaysia seperti syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Keputusan ini membolehkan Singapura menyertai Malaysia.

4. Rundingan London

Pada bulan November 1961, rundingan berhubung dengan pembentukan Malaysia diadakan di London antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British.

Kedua-dua kerajaan bersetuju agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah.

5. Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya ini dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962. Suruhanjaya Cobbold mengandungi wakil yang dilantik oleh kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu.

  • Lord Cobbold dilantik menjadi Pengerusi.
  • Ahli-ahli terdiri daripada Sir Anthony Abell, Sir David Watherston, Muhammad Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
  • Suruhanjaya ini melawat 35 pusat lawatan (20 pusat lawatan di Sarawak dan 15 pusat lawatan di Sabah).
  • Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Antara laporan tersebut termasuklah:
    1. Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia.
    2. Mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu.
    3. Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas diberi kepada Sarawak dan Sabah yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri berkenaan.

6. Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu mengumumkan penubuhan Inter-Governmental Committee atau dikenali sebagai Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) pada bulan Ogos 1962. Jawatankuasa ini diwakili oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Penubuhan JAK bertujuan menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan.

  • Timbalan pengerusi ialah Tun Abdul Razak Hussein.
  • Wakil Sarawak ialah Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggong Jugah anak Barieng, Pengarah Montegrai, Ling Beng Siew dan Chia Chin Sin.
  • Wakil Sabah terdiri daripada Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Mustapha Datu Harun, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew.

JAK mempunyai lima jawatankuasa kecil:

  • Perlembagaan.
  • Kewangan.
  • Perkhidmatan Awam.
  • Perundangan dan Kehakinian.
  • Organisasi Jabatan.

Jawatankuasa ini lelah mengadakan mesyuarat pertama di Jesselton (Kota Kinabalu), Sabah pada 30 Ogos 1962. Mesyuarat terakhir diadakan di Kuala Lumpur pada 18-20 September 1962.

Jawatankuasa ini mengusulkan 18 perkara bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah yang nerlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin hak serta kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah.
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan termasuklah:

  • Islam ialah agama Persekutuan Malaysia tetapi dikecualikan ksp-ada Sarawak dan Sabah.
  • Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Persekutuan Malaysia tetapi bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa rasmi di Sarawak dan Sabah.
  • Sistem pendidikan dikekalkan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah. Sistem pendidikan di Sarawak dan Sabah kekal di bawah kawalan Kerajaan Negeri sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
  • Dalam Parlimen Malaysia, sebanyak 24 kerusi hendaklah diperuntukkan kepada Sarawak, 16 kerusi kepada Sabah dan 15 kerusi, Singapura.
  • Kuasa imigresen terletak di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi Sarawak dan Sabah diberi kuasa tersendiri untuk mengendalikan hal ehwal imigresen.

5.6 Konfrontasi dan Usaha Menangani

Kerajaan Indonesia tidak menentang pada peringkat awal rancangan pembentukan Malaysia. Penentangan mula muncul selepas Pemberontakan Brunei 7 Disember 1962, apabila Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj membuat kenyataan bahawa Indonesia terlibat membantu pemberontakan. Partai Komunis Indonesia menggunakan kesempatan ini menyelar rancangan Malaysia sebagai penerusan dasar neokolonialisme yang dirancang oleh kerajaan British.

Peristiwa Penentangan

INDONESIA

  1. 20 Januari 1963 melancarkan dasar konfrontasi terhadap Tanah Melayu “Ganyang Malaysia”.
  2. 16 Januari 1963 – 27 Mac 1963 Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak.
  3. Ogos – Disember 1964 Pendaratan gerila di Johor.
  4. Tindakan ketenteraan terawal berlaku apabila pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di T ebedu, Sarawak pada 12 April 1963.
  5. Pada 29 Disember 1963, berlaku peristiwa berbalas tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia di Kalabakan, Sabah.
  6. Pada 2 September 1964, berlaku peristiwa pendaratan seramai 30 orang gerila Indonesia di Labis, Johor. Gerila Indonesia yang masuk ke Johor ditahan oleh pasukan tentera Malaysia.
  7. Dr. Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan ini ke dalam Majlis Keselamatan PBB. Kaedah provokasi tidak mengubah pendirian Malaysia untuk bertindak selain cara diplomatik.

Langkah Menamatkan Konfrontasi

Malaysia menggunakan pendekatan diplomatik dalam usaha menangani konfrontasi. Tanggungjawab menyusun strategi diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri yang diketuai oleh Muhmmad Ghazali Shafie. Tugas utama kementerian ini adalah untuk mematahkan kempen propagandas, mendapatkan sokongan negara luar.

  1. Usaha awal menamatkan konfrontasi dilakukan oleh U Thant, Setiausaha Agung PBB. Beliau mengutus wakilnya C.V. Narasimhan pada bulan Februari 1963 untuk berunding dengan pemimpin kerajaan Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.
  2. Presiden Macapagal menganjurkan rundingan peringkat pegawai di Manila pada 9 April 1963 Negara kita diwakili oleh Muhammad Ghazali Shafie.
  3. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerima undangan Presiden Soekarno untuk bertemu di Tokyo pada 1963. Dalam pertemuan ini, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerangkan tujuan pembentukan Malaysia.
  4. Tun Abdul Razak Hussein menghadiri mesyuarat peringkat Menteri Luar di Manila pada 7-11 Jun 1963 bagi mencari penyelesaian konfrontasi. Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia, hadir bagi pihak negaranya.
  5. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menghadiri mesyuarat bersama-sama Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal di Manila pada 31 Julai – 5 Ogos 1963. Hasil penting ialah penerimaan kerajaan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia selepas penilaian dibuat oleh PBB terhadap Sarawak dan Sabah.
  6. Rundingan Malaysia, Indonesia dan Filipina berlangsung pada tahun 1964 melibatkan dua persidangan peringkat menteri di Bangkok dan satu sidang kemuncak di Tokyo. Peranan utama dimainkan oleh Than Khoman, Menteri Luar Thailand yang menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia.
  7. Peralihan kepimpinan di Indonesia pada 30 September 1965 menamatkan konfrontasi.Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali Moertopo dan Adam Malik untuk berunding menamatkan konfrontasi.
  8. Kerajaan Indonesia mengumumkan penamatan konfrontasi pada 4 Ogos 1966.
  9. Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966.

Konfrontasi memberikan pengalaman kepada negara kita untuk mengurus krisis pada peringkat serantau dan antarabangsa. Komitmen tinggi yang diberikan oleh pemimpin dan pegawai kerajaan berjaya mengelakkan masalah ini menjadi konflik yang lebih besar. Oleh itu, penting bagi rakyat Malaysia bersatu padu untuk memastikan kestabilan negara dan mengelakkan ancaman luar.

Similar Posts