Nota Pendidikan Moral – Nilai Bertanggungjawab

NilaiBertanggungjawab bermaksud kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Kandungan
Nilai Bertanggungjawab
Kebaikan merancang perkara
a) Perbelanjaan
– Wang lebih dapat ditabung
– Tidak berbelanja berlebihan/menjimatkan wang
– Keperluan penting dapat diutamakan/ada wang semasa kecemasan
b) Kerjaya
– Tahu minat dan keupayaan diri
– Dapat memilih kerjaya yang sesuai
c) Kehidupan dewasa dan berkeluarga
– Menjamin kebahagiaan keluarga / mewujudkan keluarga bahagia
– Mengelakkan pertelingkahan dengan pasangan hidup
Kesan tidak merancang masa depan terhadap
a) Kerjaya
– Tidak dapat mencapai cita-cita sendiri
– Tidak berjaya dalam hidup
– Tidak berminat dalam kerjaya yang dicebur
b) Perbelanjaan
– berhutang
– Tidak ada simpanan untuk kegunaan waktu kecemasan
– Tidak ada wang lebihan untuk menabung
c) Kehidupan dewasa dan berkeluarga
– Keluarga huru hara/ kucar kacir
– Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga
Maksud pengurusan masa
Merancang masa secara bijaksana dan bertanggungjawab
Kepentingan mengurus masa secara bertanggungjawab / berhemah
– dapat mengelakkan pembaziran masa
– dapat mengelakkan kerja tertangguh/tidak siap
– dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
– dapat menjalankan aktiviti/kerja/tugas yang dirancang dengan teratur
Cara seseorang pelajar menguruskan masa
– membuat jadual waktu persendirian
– melaksanakan perkara yang dirancang dalam jadual waktu
– mematuhi peruntukan masa dalam jadual waktu