Nota Pendidikan Moral – Nilai Berdikari

Nilai Berdikari bermaksud Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Kandungan
Nilai Berdikari
Contoh amalan berdikari dalam kehidupan
– Mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan
– Mengemaskan bilik tidur setiap hari
– Bekerja sambilan pada masa cuti
Kepentingan amalan berdikari bagi
Pelajar: dapat usaha sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan
Pekerja: dapat meningkatkan produktiviti syarikat
Ciri-ciri orang yang mempunyai nilai berdikari
– berusaha sendiri
– tidak bergantung kepada orang lain
– menghadapi masalah / rintangan dengan positif dan tabah hati
Sikap yang perlu ada pada seseorang pemimpin
– Keupayaan untuk menyelesaikan masalah
– Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja
– Cekap dan cepat bertindak untuk menangani masalah
– Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah
Wira negara yang berjaya mendaki Gunung Everest
– M. Magendren
– N. Mohandas
– Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin
– Ahmad Reduan Rozali
Peranan seorang wakil rakyat terhadap masyarakat
– Menjaga kebajikan rakyat
– Menyelesaikan masalah rakyat
– Memajukan ekonomi masyarakat setempat
Bukti negara kita sudah mampu hidup berdikari
– pembedahan ”telinga bionik” di UKM
– pelancaran satelit ”MEASAT”
– teknologi pertanian – mencipta kaedah kacukan tanaman
Kesan pergantungan bantuan kewangan
Kesan pergantungan bantuan kewangan daripada negara lain untuk memajukan negara, terhadap :
a) Rakyat
– Terpaksa menanggung beban hutang
b) Masyarakat
– Hilang rasa bangga terhadap negara
– Berasa tidak puas hati dengan kerajaan
c) negara
– Dipandang rendah oleh dunia luar
– Hilang keyakinan para pelabur