Nota Pendidikan Moral – Nilai Harga Diri

Nilai Harga Diri bermaksud keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
Kandungan
- 1 Harga Diri
- 1.1 Maksud maruah diri
- 1.2 Contoh gejala-gejala sosial yang menjejaskan maruah diri
- 1.3 Kesan-kesan buruk gejala sosial terhadap remaja
- 1.4 Cara – Cara
- 1.5 Ciri-ciri seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi
- 1.6 Cara seseorang menjaga harga diri
- 1.7 Kebaikan menjaga harga diri
- 1.8 Perkara-perkara yang boleh menjejaskan harga diri seseorang remaja
Harga Diri
Maksud maruah diri
Kehormatan diri yang perlu kita pelihara.
Contoh gejala-gejala sosial yang menjejaskan maruah diri
Melepak, Ponteng, Merokok, Perlumba haram, Penagihan dadah Pergaulan bebas
Kesan-kesan buruk gejala sosial terhadap remaja
– Masyarakat memandang seorang
– Menjejaskan pelajaran
– Masa depan gelap
– Maruah diri/imej/nama baik tercemar
– Maruah keluarga tergadai/tercemar/terjejas/keluarga mendapat malu
Cara – Cara
Cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan sumbang
– Mematuhi peraturan
– Menuruti nasihat ibu bapa dan guru
– Mematuhi dan mengamalkan ajaran agama
– Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
– Mempunyai pegangan agama yang kukuh dan iman yang kuat
Ciri-ciri seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi
– penyabar
– pemaaf
– menunaikan janji
– yakin kepada diri sendiri
– tenang menghadapi masalah
– tidak menyakitkan hati orang lain
Cara seseorang menjaga harga diri
– Beriman
– Berkelakukan sopan/Berpakaian sopan
– Bertutur secara sopan/Tidak bercakap kasar
– Bergaul dengan orang yang bermoral tinggi
Kebaikan menjaga harga diri
– dihormati dan disanjungi
– tidak mudah terpengaruh dengan amalan/gejala negatif
– mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dan berterusan
Perkara-perkara yang boleh menjejaskan harga diri seseorang remaja
– bercakap kasar
– berpakaian tidak sopan
– terlibat dengan perbuatan tidak bermoral/gejala negatif
– melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang