Nota Pendidikan Moral – Nilai Rasional

Nilai Rasional bermaksud boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Kandungan
Nilai Rasional
Langkah-langkah penyelesaian masalah secara rasional
– Melaporkan kepada pihak sekolah/berkuasa
– Berbincang/berunding untuk menyelesaikan masalah
Kesan sekiranya bertindak tanpa berfikir
– Menyinggung perasaan orang lain
– Menimbulkan konflik/pergaduhan/perselisihan faham/perbalahan
Tindakan rasional dalam situasi berikut:
Gagal dalam peperiksaan SPM
– mengenal pasti kelemahan dan mencari jalan untuk memperbaikinya
Tiada wang untuk membayar yuran peperiksaan SPM
– beritahu guru tentang masalah sebenar
– memohon bantuan daripada badan kebajikan
Pujukan kawan untuk lari dari rumah
– menolak pujukan kawan
– memberitahu guru untuk mendapatkan nasihat
Kesan perbuatan remaja lari dari rumah
Terhadap diri remaja
– tiada sumber kewangan
– keselamatan terancam
Terhadap keluarga remaja
– menjatuhkan maruah keluarga
– memalukan keluarga
Kesan tidak menyelesaikan masalah melalui rundingan
Pihak | Kesan |
---|---|
Keselamatan negara | negara terdedah kepada ancaman luar dan huru-hara. |
Institusi keluarga | perpecahan keluarga menyebabkan berlakunya penceraian dan penderaan. |
Sosial | keruntuhan akhlak remaja |
Ekonomi | pelabur kurang yakin, ekonomi tidak stabil, rakyat hilang pekerjaan |
Ibu bapa yang tidak rasional
Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak mendera kanak-kanak kerana:
– tekanan emosi
– kemiskinan
– pergaduhan antara suami dan isteri
– kerenah anak-anak yang nakal
Usaha – usaha yang boleh diambil bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa mereka sepatutnya menjadi pelindung kanak-kanak.
– menguatkuasakan undang-undang
– hukuman yang lebih berat
– kempen kesedaran
– menganjurkan kursus keibubapaan
Kesan-kesan penganiayaan terhadap kanak-kanak
Kesan-kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak
– perkembangan emosi terjejas
– kanak-kanak menjadi tidak normal
– tiada keyakinan diri
– menjadi pendiam
– menjadi pendendam
Penderaan kanak-kanak
Faktor yang menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak
Ibu bapa
– panas baran
– tekanan emosi
– kemiskinan/masalah kewangan
Anak
– karenah anak yang nakal
– tidak mendengar nasihat
Sikap pembantu rumah
– panas baran
– materialistik
– tidak bertanggungjawab
Ibu bapa tidak wajar mendera anak-anak mereka kerana:
– anak ialah amanah Tuhan yang sepatutnya dikasihi
– akan menjejaskan perkembangan mental dan fizikal anak-anak
– boleh menyebabkan berlakunya kecacatan atau kematian
Faktor-faktor lain yang sering kali dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak
– kerenah anak
– sikap pembantu rumah yang panas baran
– sikap jiran yang individualistik
Kesan penganiayaan
Kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak tersebut adalah seperti yang berikut:
– perkembangan emosi terjejas dan menjadi tidak normal
– kanak-kanak membesar tanpa keyakinan diri
– menjadi seorang yang pendendam dan berkecenderungan menjadi pendera pada masa hadapan
Usaha-usaha yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat supaya menjadi pelindung kanak-kanak ialah:
– menguatkuasakan undang-undang dengan menetapkan hukuman yang lebih serius terhadap ibu bapa yang mendera anak mereka
– mengadakan kempen untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa mereka harus menjadi ibu bapa yang penyayang
– menganjurkan kursus-kursus motivasi seperti kursus perkahwinan dan keibubapaan
Punca Masalah pembuangan bayi
– tiada sifat belas ihsan dan kasih sayang
– pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
– kurangnya pendidikan agama/moral di kalangan masyarakat
Orang sanggup membuang bayi mereka kerana:
– anak yang dilahirkan cacat
– kesempitan wang dan tidak dapat menyara kehidupan bayi itu
– malu kepada keluarga dan masyarakat kerana melahirkan anak luar nikah
Usaha-usaha untuk menangani masalah pembuangan bayi
– kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka menyayangi dan megasihi anak-anak mereka.
– masyarakat harus melaporkan kes-kes pembuangan bayi kepada pihak berkuasa mempertingkatkan pendidikan agama dan moral di kalangan masyarakat.
Golongan bernasib baik
Golongan bernasib baik dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan cara:
– memberi sokongan moral, contoh member nasihat dan motivas
– memberi bantuan kewangan
– memberi bantuan kebendaan, contoh pakaian, makanan dan barang keperluan asas
Golongan yang bernasib baik patut menderma kepada golongan yang kurang bernasib baik kerana:
– golongan yang kurang bernasib baik memerlukan bantuan dan sokongan
– mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menghulurkan bantuan
Golongan kurang bernasib baik tidak patut sentiasa bergantung kepada golongan bernasib baik kerana:
– golongan yang kurang bernasib baik perlulah berdikari
– berusaha untuk memperbaiki taraf hidup
Usaha yang dapat dilakukan untuk membantu golongan ialah:
– menubuhkan yayasan khas untuk mengumpul dana bagi membantu mere
– mewujudkan pusat kemahiran untuk melatih mereka hidup berdikari
Golongan kurang bernasib baik perlu dibantu kerana:
– mereka memerlukan bantuan
– sudah menjadi tanggungjawab sesama insan untuk menjaga kebajikan bersama
Kesan perbuatan manusia yang tidak baik
Penerokaan hutan secara berleluasa
– Habitat haiwan musnah
– Hakisan tanah / tanah runtuh
– Suhu udara meningkat
Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
– Banjir kilat
– Hidupan akuatik terjejas
– Persekitaran berbau busuk
– Merosakkan pandangan darat fizikal
Rasuah bola sepak
– Kesahihan keputusan dipertikaikan
– Menimbulkan rasa tidak puas hati pihak lawan
– Menimbulkan pergaduhan
– Hilang kepercayaan terhadap pengadil
Masalah sosial dan alam sekitar
Contoh-contoh masalah sosial dan alam sekitar
– Budaya lepak
– Remaja lari dari rumah
– Penyalahgunaan dadah
– Banjir kilat
– Pencemaran air dan udara
– Penipisan lapisan ozon
Kesan masalah-masalah sosial tidak diatasi.
Masalah sosial
– Jenayah bertambah
– Ketenteraman masyarakat terjejas/Negara huru hara
Masalah alam sekitar
– Kualiti udara semakin merosot
– Kesihatan penduduk terjejas
Cara-cara untuk menangani masalah sosial:
– Memberi nasihat / kaunseling
– Melaporkan kepada pihak berkuasa
Cara-cara untuk menangani masalah alam sekitar
– Menganjurkan kempen kesedaran
– Menguatkuasa undang-undang
– Melaporkan kepada Jabatan Alam sekitar (JAS)
Kepentingan ilmu
Cara ilmu berikut membantu manusia hidup sejahtera
Ilmu teknologi maklumat
– membolehkan kita untuk menghantar maklumat dengan cepat
Ilmu sains perubatan
– menghasilkan perbagai kaedah rawatan seperti teknik pembedahan dan Vaksin
Kesan jika orang yang berilmu
menggunakan ilmu ke arah kebaikan
– dapat membantu ke arah kesejahteraan hidup sejagat
menyalahgunakan ilmu yang diperolehnya
– membawa kemudaratan kepada manusia dan hidupan lain di bumi
Cara penjagaan kesihatan diri
– mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang
– mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara bersenam