Nota Pendidikan Moral – Nilai Keadilan

Nilai keadilan bermaksud Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
Kandungan
Nilai Keadilan
Amalan keadilan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
– Pemberian hak milik tanah oleh FELDA.
– Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik kepada penduduk luar bandar.
– Penyediaan rumah kos rendah kepada golongan rakyat miskin
– Pemberian biasiswa kepada pelajar yang layak
Cukai yang perlu dibayar oleh rakyat:
Cukai pendapatan, Cukai jalan, Cukai perkhidmatan, Cukai tanah
Tujuan kerajaan mengenakan cukai:
– Membiayai perbelanjaan kerajaan
– Melindungi industri muda
Organisasi yang menegakkan keadilan di Malaysia
- Mahkamah
- SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)
Peranan SUHAKAM
– menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia
– memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia
– menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan berkaitan
Keadilan boleh menjamin kesejahteraan masyarakat
– Orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
– Hukuman yang lebih berat ke atas pesalah dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai termasuk pesalah supaya tidak terlibat dengan kesalahan yang sama.