|

Sejarah T4 Bab 3 – Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia

Kesedaran Awal Nasionalisme

British berusaha untuk membendung pengaruh idea gerakan Islam. Dengan persetujuan Raja-raja Melayu, British memperkenalkan Enakmen Undang- Undang Islam 1904.

Melalui undang-undanh ini, sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara.

British memperkenalkan dua badan penyiasat, iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (Crirninal Intelligence Department) dan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau) untuk mengawal gerakan lslah Islamiah.

Penentangan Tok Janggut merupakan hasil daripada kesedaran politik antarabangsa yang berkaitan Pan- Islamisme. Walaupun hanya melibatkan penduduk Pasir Puteh, isu penentangan adalah untuk mempertahankan agama Islam dan hak penduduk tempatan.

Penentangan Tok Janggut merupakan cetusan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat. Penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama mempengaruhi kebangkitan Tok Janggut.

British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu terhadap empayar Uthmaniyah yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama kerana orang Melayu menganggap khalifah empayar Uthmaniyah sebagai pelindung umat Islam serta penaung bagi tanah suci Mekah dan Madinah.

Kegagalan penentangan Tok Janggut menyebabkan masyarakat menyusun startegi lain menentang British dengan menggunakan Akhbar dan Majalah meniupkan kesedaran kebangsaan

Kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara terang-terangan.

Ada undang-undang British menghalang orang Melayu menyatakan sikap politik melalui bahan bertulis.

British mengawal kebebasan bersuara, penerbitan, berpersatuan dan kawalan ketat terhadap kegiatan yang boleh mengancam kedudukan British.

Dasar British menyebabkan kesedaran kebangsaan tidak meluas dalam akhbar Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

3.2 Latar Belakang Perang Dunia Pertama

Perang Dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialis.

Persaingan ini bertujuan mempertahankan kepentingan masing-masing sehingga memberikan kesan besar terhadap penduduk dunia.

Faktor Perang

Persaingan Kuasa Imperialis

  1. Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan kuasa imperialis untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah serta memasarkan hasil industri.
  2. Persaingan tersebut membawa permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah seperti perancis dan Jerman.

Pakatan Ketenteraan

  1. Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan (pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga).
  2. Ketidakstabilan politik berterusan di Eropah kerana persaingan mendapatkan tanah jajahan, bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.

Krisis Rantau Balkan

  1. Berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia.
  2. Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb berjuang membebaskan diri.
  3. Kemuncak krisis Balkan ialah pembunuhan Archduke Ferdinand (Putera Mahkota Austria- Hungary dan isterinya Sophie) oleh seorang pemuda Serbia.

Berakhir Perang Dunia Pertama

Penglibatan Amerika Syarikat dalam perang membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918, Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata.

Persidangan Damai Paris

  1. Diadakan pada 18 Januari 1919 membincangkan syarat perdamaian selepas perang.
  2. Bertujuan memastikan Jerman tidak menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah.
  3. Persidangan ini melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson (cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian).
  4. Deklarasi ini merangkumi dua prinsip utama, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa

Perjanjian Versailles

Ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Berdasarkan perjanjian tersebut, Jerman dikehendaki :

  1. Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang.
  2. Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.
  3. Mengehadkan saiz angkatan tentera.
  4. Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.

Perjanjian Versailles menetapkan penubuhan Liga Bangsa-Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.

Kesan Perang Dunia Pertama Perang

Keruntuhan Pemerintahan Beraja

  1. Tamat sistem pemerintahan beraja di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah.
  2. Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta (rnendapat suaka politik di Belanda).
  3. Empayar Austria-Hungary di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg berakhir akibat pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.
  4. Revolusi di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II dan terbentuk kerajaan komunis dipimpin oleh Vladimir Lenin.
  5. Khalifah empayar Uthmaniyah, Sultan Mehmed VI digulingkan dan kerajaan Turki (republic) diketuai oleh Mustala Kemal Ataturk.

Kemunculan Negara Baru

  1. Keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan neqara baharu (Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia).
  2. Perpecahan empayar Rusia membawa kepada penubuhan negara baharu (Poland, Estonia. Latvia dan Lithuania).
  3. Perpecahan empayar Uthmaniyah menyebabkan rnuncul negara Lebanon, Syria dan lraq.

Kesan Terhadap Negara Kita

  1. British menyekat kebangkitan orang Melayu dengan meminta Raja-raja Melayu menandatangani perisytiharan perang dan memberikan kesetiaan kepada British.
  2. Pelbagai undang-undang diluluskan oleh pentadbiran British, termasuk memperuntukkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera.
  3. Kemakmuran ekonomi dimanipulasi. Wang hasil bijih timah dan getah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama.

3.3 Perang Dunia Kedua

Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran, di Eropah (tertumpu di negara Eropah dan utara Afrika) dan Asia Pasifik (tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggar).

Peperangan melibatkan dua pakatan, iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.

Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah

Kemunculan Ideologi Baharu

  1. Bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi, Itali dan Jerman mengadakan gerakan politik radikal.
  2. Dipimpin oleh pemimpin nasionalis berfahaman melampau fasisme di Itali dan nazisme di Jerman.

Fasisme

  1. Dipimpin Benito Mussolini (parti Fasis) berjaya menguasai Itali pada tahun 1922.
  2. Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu dan percaya kepada nasionalisme melampau termasuk berperang bagi meningkatkan imej negara.
  3. Itali meluaskan tanah jajahan menguasai Habsyah (Ethiopia) dan Albania bagi memulihkan semula imejnya

Nazisme

  1. Dipimpin Adolf Hitler (parti Nazi) berjaya membentuk kerajaan di Jerman (1933). Nazisme rnengagungkan bangsa Jerman. Hitler berusaha mengetepikan Perjanjian Versailles.
  2. Hitler membina semula angkatan tentera dan menduduki Rhineland, wilayahnya yang hilang melalui Perjanjian Versailles.

Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negaranya. Selain kehilangan tanah jajahan, pampasan perang yang tinggi dan perlu dibayar (Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk).

Itali yang menyertai Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama tidak berpuas hat terhadap Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland.

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

Liga Bangsa-Bangsa gagal berperanan untuk memastikan keamanan dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangs. Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama.

Ia menyebabkan dunia terdedah kepada konflik berterusan dan mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua di Eropah

Perang Dunia Kedua di Eropah meletus apabila Jerman menyerang Poland (September 1939). Peristiwa tersebut menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

  1. Selepas mengisytiharkan perang, Jeman menyerang Blitzkrieg bagi menakluki negara di Eropah Barat. Jerman berjaya menawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis.
  2. Jerman menguasai hampir keseluruhan negara Eropah Barat menjelang pertengahan tahun 1941.

Pengeboman Britain

  1. Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain (September 1940-bulan Jun 1941).
  2. Jerman menyerang dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain sehingga menjejaskan ekonomi Britain.

Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah

  1. Itali sekutu Jerman mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Perancis (bulan Jun 1940).
  2. Tentera ltali menyerang Perancis melalui selatan, manakala tentera Jerman menyerang Perancis dari utara.

Serangan Jerman ke atas Rusia

  1. Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan Operasi Barbarossa (serangan besar- besaran untuk menawan Rusia).
  2. Hitler ingin menguasai Rusia, empayar terbesar di Eropah untuk mencapai cita-citanya menguasai seluruh Eropah.
  3. Sasaran operasi ini bandar utama Rusia (Leningrad, Moscow dan Stalingrad).

Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah Kerjasama Kuasa Besar

  1. Presiden Amerika Syarikat (Franklin Roosevelt) dan Perdana Menteri Britain (Winston Churchill) sering bertemu membuat keputusan politik dan ketenteraan.
  2. Kerjasama ini melibatkan Presiden Rusia (Joseph Stalin). Di medan perang, tentera Bersekutu (tentera darat, udara dan laut), beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Keberkesanan Strategi Serangan

  1. Kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan dalam operasi menawan Rusia membawa kegagalan.
  2. Kuasa Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat memperlihatkan keunggulan dalam perancangan ketenteraan, terutama kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis.

Kegagalan Operasi Menawan Rusia

  1. Pada peringkat awal serangan terhadap Rusia berjalan lancar. Bagaimanapun, Banyak tentera Jerman tekorban apabila perang melewati dua musim sejuk di Rusia.
  2. Tempoh perang yang panjang menyebabkan tentera Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan. Akhirnya, melemahkan semangat tentera Jerman
  3. Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus mengingkari perintah Hitler untuk meneruskan peperangan dan menyerah kalah kepada tentera Rusia di Stalingrad (Januari 1943).

Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu

  1. Melalui operasi “D-Day”, tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis (Jun l944).Tentera Bersekutu berjaya memperdayakan tentera Jerman dengan menyebarkan maklumat bahawa pendaratan tentera Bersekutu akan berlaku di Calais, bukannya di Normandy.
  2. Kejayaan tersebut meningkatkan semangat tentera Bersekutu dan menjadi titik tolak kejayaan membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat daripada taklukan Jerman. Kejayaan operasi “D- Day” membolehkan tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat dan tentera Rusia menyerang Jerman dari bahagian timur.
  3. Kematian Hitler pada bulan April 1945 telah mengubah landskap perang di Eropah. Jerman kemudiannya menandatangani perjanjian menyerah kalah, sekali gus menamatkan perang yang berlangsung selama enam tahun di Eropah

Perang Dunia Kedua di Asia Pasitik (1941-1945)

Dikenali sebagai perang pasifik kerana pertempuran berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Perang pasifik berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di rantau Asia Pasifik.

Peluasan Kuasa Jepun

Pembaharuan Meiji telah membawa pemodenan sehingga Jepun muncul sebagai negara industri dan memiliki kuasa ketenteraan yang setaraf dengan kuasa Barat. Jepun menjalankan dasar peluasan kuasa bertujuan memenuhi

keperluan ekonomi dan ketenteraan serta perkembangan politik dalam negara.

Dasar Peluasan Kuasa Jepun

a. Keperluan Perindustrian

  1. Pada akhir abad ke-19, Jepun berusaha mengurangkan pergantungan kepada negara Barat untuk mendapatkan bahan mentah.
  2. Jepun memerlukan wilayah untuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi mengembangkan perindustrian

b. Pengaruh Golongan Tentera

  1. Pada abad ke-20, Jepun mempunyai angkatan tentera paling moden di Asia dan semakin agresif apabila tentera menguasai politik pada tahun 1932.
  2. Golongan tentera berpendapat masalah ekonomi Jepun boleh diselesaikan menerusi penaklukan kawasan yang kaya bahan mentah dan boleh menjadi kawasan pasaran.

c. Orde Baharu Asia

  1. Di bawah pengaruh tentera, dasar luar Jepun terarah kepada matlamat mengembangkan kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat.
  2. Jepun mewujudkan orde baharu di Asia Timur yang merangkumi Jepun, Korea, China dan Manchuria ke dalam satu blok ekonomi. Orde tersebut kemudiannya dikembangkan ke seluruh Asia.

Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun

  1. Selepas menguasai Korea, Manchuria dan China, Jepun menguasai kawasan strategik di Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan Indochina.
  2. Dasar peluasan kuasa Jepun mendapat reaksi daripada pihak Bersekutu.
  3. Amerika Syarikat, British dan Belanda mengenakan sekatan ekonomi bertujuan menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah untuk industri dan operasi perang

Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan

Jepun merancang menguasai wilayah di selatan merangkumi Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah (bijih timah, getah, bauksit dan petroleum).

Dari aspek ketenteraan, pakatan dalam Kuasa Paksi membolehkan kerajaan Jerman menghantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan terhadap wilayah selatan dan membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun.

Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

  1. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Hawaii.
  2. Serangan terhadap Pearl Harbour bertujuan melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat di pasifik yang boleh menjadi penghalang kepada peluasan kuasa Jepun di Asia pasifik.
  3. Seterusnya, Jepun menyerang wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda seperti Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan pulau Wake.
  4. Serangan tersebut membawa penglibatan Amerika Syarikat dalam perang di Asia pasifik apabila mengisytiharkan perang terhadap Jepun.
  5. Dengan strategi yang berkesan dan penguasaan serangan melalui laut, darat dan udara, Jepun berjaya membentuk empayar yang luas di Asia pasifik menjelang April 1942.

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

Serangan Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, di Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Disember 1941.

Eksplotasi Sumber Bahan Mentah

  1. Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan bahan mentah di negara kita untuk keperluan perindustrian dan operasi ketenteraan Jepun.
  2. Tanah Melayu pengeluar utama bijih timah dan getah di dunia, selain emas, bijih besi, arang batu dan bauksit.
  3. Sasaran utama Jepun di Sarawak untuk mendapatkan sumber minyak di Miri dan Lutong.
  4. Pendudukan Jepun merupakan sebahagian rancangannya menjayakan pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya untuk mengukuhkan ekonomi Jepun.

Kepentingan Strategik Ketenteraan

  1. Kedudukan strategik sesuai untuk ketenteraan Jepun. Di hujung Semenanjung Tanah Melayu terletak pangkalan tentera laut British (Singapura).
  2. Penguasaan terhadap pangkalan tentera laut tersebut penting untuk membuka laluan penguasaan Jepun terhadap telaga minyak di Sumatera.
  3. Penguasaan terhadap Pulau Borneo penting untuk menjayakan operasi penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa.

Serangan Jepun terhadap Negara Kita

  1. Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan tentera Jepun di Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak (Kota Bharu) dan Singgora dan Patani (Thailand) pada 8 Disember 1941.
  2. Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun apabila Singapura berjaya ditawan pada 15 Februari 1942.
  3. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu, mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur.
  4. Kapal Repulse dan Prince of Wales digerakkan untuk menyekat kemaraan Jepun tetapi ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan.
  5. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand memasuki Kedah, berpecah kepada dua pasukan untuk mara ke selatan.
  6. Satu pasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan melalui pesisiran pantai barat.
  7. Sepasukan lagi mengikuti jalan darat menuju bandar utama di negeri pantai barat
  8. Serangan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah bermula dengan mendarat di Miri.
  9. Sepasukan tentera Jepun mara menduduki Kuching dan Sibu.
  10. Sepasukan lagi tentera Jepun mara ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama di Sabah.
  11. Pendudukan Jepun di Sandakan melengkapkan kempen serangan tentera Jepun di Sabah

3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera. Dasar pendudukan Jepun di negara kita dapat dilihat melalui

Dasar Pentadbiran

a. Pentadbiran Tentera Jepun

  1. Peringkat awal, Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran untuk membentuk Kawasan Pertahanan Khas dan diletakkan di bawah pentadbiran pasukan tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Singapura.
  2. Pada April 1944, Tanah Melayu dan Sumatera ditadbir secara berasingan kerana terdapat perbezaan sistem politik dan ekonomi di bawah pentadbiran British dan Belanda.
  3. Sumatera diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera.
  4. Tanah Melayu pula ditadbir oleh pasukan tentera Jepun ke-29 berpusat di Taiping, Perak.
  5. Singapura yang dikenali sebagai Syonon-to (Pulau Cahaya Selatan) diasingkan pentadbirannya dari Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru).
  6. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran Thailand.
  7. Sarawak, Sabah dan Brunei pula digabungkan menjadi satu unit pentadbiran (Boruneo), diketuai oleh Gabenor Jeneral dan diletakkan di bawah pasukan tentera Jepun ke-37 berpusat di Kuching.

b. Dasar terhadap Raja-raja Melayu

  1. Pentadbiran tentera Jepun mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama lslam dan adat Melayu serta diberikan bayaran pencen seperti sebelum perang.
  2. Kedudukan baginda sebagai sultan di negeri masing- masing diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun. Pengiktirafan tersebut dibuat semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura pada bulan Januari 1943.

c. Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan

  1. Pentadbiran tentera Jepun memberikan peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi.
  2. Bertujuan mengatasi masalah kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk.
  3. Jepun menubuhkan Institut Latihan Pemimpin- pemimpin Muda atau Koa Kunrenjo untuk melatih dan menanamkan semangat memperjuangkan cita- cita politik Jepun dalam kalangan penduduk tempatan

Dasar Ekonomi

  1. Akibat kemelesetan ekonomi, Jepun melaksanakan sistem ekonomi kawalan.
  2. Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa Penyelidikan Bahan diperkenalkan bagi mengawal selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan kegunaan baharu bagi sumber tempatan.
  3. Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan bertujuan membangunkan industri tempatan dan memastikan penggunaan optimum daripada peralatan dan kemudahan sedia ada.
  4. Mata wang Jepun dicetak menggantikan mata wang yang digunakan oleh British

Dasar Sosial

a. Pendidikan

  1. Menutup sekolah Inggeris dan Cina. Bangunan sekolah tersebut digunakan untuk keperluan pentadbiran tentera Jepun.
  2. Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan untuk membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko lchiu), mencapai teknologi industri, meningkatkan disiplin dan menerapkan nilai Jepun.
  3. Jepun berusaha untuk memupuk nasionalisme Asia, menghapuskan pengaruh Barat dan menanam kesetiaan kepada Jepun melalui bidang Pendidikan

b. Sikap Jepun terhadap Aqama

  1. Bagi membendung kegiatan menentang pendudukan Jepun, Jepun menghormati agama Islam dan adat Melayu serta tidak campur tangan dalam adat resam tempatan.
  2. Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan semula. Majlis Agama Negeri dibentuk dan persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar.

c. Pencatuan dan Penghasilan Makanan

  1. Jepun memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk mengawal bekalan barangan akibat kekurangan makanan.
  2. Catuan makanan dikuatkuasakan untuk mengawal penjualan barangan keperluan asas seperti beras, garam dan gula.
  3. Jepun penduduk menanam bahan makanan sendiri melalui kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk mencukupkan makanan dalam negeri.
  4. Keperitan hidup menjadikan penduduk negara kita lebih kreatif dalam kehidupan. Mereka berdikari dan menghasilkan ciptaan baharu berasaskan bahan tempatan untuk kelangsungan seperti menghasilkan tempe daripada biji getah.

d. Layanan terhadap Penduduk

Pentadbiran tentera Jepun memberikan Iayanan berbeza- beza mengikut kaum berdasarkan kepentingan tentera Jepun.

i. Orang Melayu
Jepun memberikan Iayanan baik kepada orang Melayu dan peribumi lain yang bekerjasama dengan Jepun. Tentera Jepun berbuat demikian untuk mendapatkan sokongan masyarakat peribumi bagi melicinkan pemerintahan.

ii. Orang India
Jepun membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Orang India digalakkan menyertainya untuk kemerdekaan negara India. Layanan sedemikian bertujuan mendapatkan kerjasama orang lndia dalam rancangan tentera Jepun menguasai negara India.

iii. Orang Cina
Jepun memberikan layanan kejam lanjutan permusuhan daripada Perang China-Jepun. Orang Cina juga dipaksa membayar sejumlah wang sebagai hukuman penentangan mereka terhadap Jepun semasa Perang China-Jepun.

Masyarakat berbilang kaum di negara kita mengalami kesengsaraan dan pengalaman pahit akibat kekejaman tentera Jepun. Kaum Cina mengalami kesengsaraan lebih teruk berbanding dengan bangsa melayu, India serta peribumi di Sarawak dan Sabah.

Landasan Kereta Api Maut merupakan bukti kekejaman pentadbiran tentera Jepun. Terdapat orang Melayu, Cina dan India yang dipaksa menjadi buruh membina landasan kereta api. Dalam pembinaan landasan kereta api tersebut, ramai yang terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan dan ubat-ubatan, pelbagai jenis penyakit serta suasana buruk di tempat kerja.

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air

  1. Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu bersama pasukan tentera British terlibat menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan. Rejimen Askar Melayu dalam pertempuran menentang tentera Jepun di Singapura memperlihatkan semangat juang yang tinggi.
  2. Leftenan Jeneral A.E. Percival, Panglima Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu menyifatkan semangat juang ini sebagai contoh keteguhan dan ketahanan yang menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
  3. Semangat keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga hujung nyawa wajar dikenang.

Penentangan MPAJA

  1. Kekejaman tentera Jepun menyebabkan sebahagian orang Cina mencari perlindungan Parti Komunis Malaya (PKM) bagi mengelakkan mereka diseksa dan dibunuh.
  2. PKM menubuhkan pasukan gerila Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun,
  3. PKM bersetuju mewujudkan pasukan sukarela yang dilatih oleh British dalam kegiatan menentang tentera Jepun.
  4. Seramai 165 orang anggota PKM diberikan latihan di Sekolah Latihan Khas di Singapura untuk menjalankan kerja sabotaj dan perang gerila terhadap Jepun.
  5. Mereka dihantar ke Tanah Melayu untuk membentuk pasukan gerila yang menjadi asas pembentukan lapan rejimen MPAJA

Kerjasama MPAJA dan Force 136

  1. Pada bulan Disember 1943, MPAJA dan Force 136 yang mewakili tentera British telah mengadakan perjanjian kerjasama untuk melawan tentera Jepun.
  2. Dalam kerjasama ini, MPAJA mendapat bantuan senjata, ubat-ubatan, kewangan dan latihan ketenteraan daripada tentera British

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA

  1. Terdapat gerila Cina yang dikuasai oleh nasionalis daripada Parti Kuomintang (KMT) menentang tentera Jepun di utara Tanah Melayu, terutamanya di Hulu Perak dan Kelantan.
  2. Mereka telah menubuhkan Overseas Chinese Anti- Japanese Army (OCAJA) yang dikenali sebagai Tentera Bintang Satu.
  3. Gerila KMT bersetuju bekerjasama dengan MPAJA atau PKM menentang tentera Jepun.

Force 136

  1. British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) yang berpusat di Colombo, Sri Lanka dan membentuk unit khas dikenali sebagai Force 136 pada tahun 1943.
  2. Anggota Force 136 mendapat latihan di India dan Sri Lanka, kemudian dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau diturunkan melalui payung terjun dari kapal terbang.
  3. Ia bertujuan mendapatkan sokongan orang Melayu serta menubuhkan pasukan gerila anti-Jepun.
  4. Anggota terawal Force 136 Tanah Melayu ialah Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub, Kapten Ibrahim Ismail dan Leftenan Tengku Osman Tengku Mohd Jiwa.

Force 136 Ulu Perak-Askar Melayu Setia

  • Anggota Force 136 berjaya mendarat di Hulu Perak.
  • Dengan bantuan Pegar,vai Daerah Gerik, Kapten Mohd Salleh Hj. Sulaiman, Askar Melayu Setia ditubuhkan.

Force 136 Pahang-Wataniah Pahang

  • Anggota Force 136 berjaya mendarat di Raub, Pahang.
  • Dengan bantuan Penolong Pegawai Daerah Raub, Yeop Mahidin, gerila Wataniah Pahang ditubuhkan.

Force 136 Kedah-Gerila Melayu Kedah.

  • Anggota Force 136 berjaya mendarat di Kampung Kuala Janing, Kedah.
  • Dengan bantuan Pegarvai Daerah Kedah dan Tunku Abdul Rahman. gerila Melayu Kedah dibentuk.

Penentangan Individu

a. Gurchan Singh

  1. Gurchan Singh menggerakkan penentangan terhadap pendudukan Jepun dengan cara menyebarkan risalah dan propaganda menggunakan nama samaran “Lion of Malaya”.
  2. Risalah tersebut diedarkan secara teratur dan berkesan untuk memberitahu penduduk tentang fakta sebenar perang dan pendudukan tentera Jepun.
  3. Beliau berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan dan mendalangi sabotaj terhadap landasan kereta api yang menjejaskan pengangkutan tentera Jepun.
  4. Beliau ditangkap oleh Kempeitai setelah dikhianati, namun berjaya melarikan diri ke Burma sehingga perang tamat

b. Sybil Kathigasu

  1. Sybil Medan Daly (Sybil Kathigasu), jururawat yang terkenal dengan keberanian dan kecekalan membantu mangsa perang dan gerila anti-Jepun di Perak.
  2. Sybil dan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu mengendalikan sebuah klinik di Ipoh sebelum perang sehingga kedatangan Jepun.
  3. Semasa pendudukan Jepun, pasangan ini memberikan bantuan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan kepada gerila anti-Jepun.
  4. Sybil juga menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat yang diperoleh daripada siaran radio British dengan gerila anti-Jepun.
  5. Sybil dan suaminya ditangkap oleh tentera Jepun apabila kegiatan mereka terbongkar. Semasa berada di dalam tahanan, penyeksaan demi penyeksaan dilakukan oleh tentera Jepun sehingga menyebabkan suaminya mati.
  6. Setelah Jepun menyerah kalah, Sybil dibebaskan dan diterbangkan ke Britain untuk menerima rawatan perubatan.
  7. Sybil Kathigasu dianugerahi Pingat King George di Istana Buckingham oleh Raja George VI kerana keberaniannya semasa pendudukan Jepun dan merupakan wanita dari Tanah Melayu yang menerima anugerah tersebut

Gerakan Anti Jepun di Sarawak dan Sabah

Operasi Semut

  1. Siri operasi peninjauan yang dilakukan oleh Unit Khas Z Australia sebagai sebahagian daripada kempen tentera Bersekutu menentang Jepun di Sarawak.
  2. Operasi dilaksanakan oleh Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Australia (Australian Services Reconnaissance Department (SRD) untuk mengumpulkan risikan dan melatih orang tempatan melancarkan perang gerila melawan Jepun.
  3. Pada bulan Mei 1945, anggota SRD mendarat di kawasan tengah dan timur laut Sarawak untuk mengatur penentangan terhadap tentera Jepun dan membuat persediaan pendaratan pasukan Bersekutu.
  4. Anggotanya terdiri daripada tentera Australia, British dan New Zealand.
  5. Rekrut tempatan dikenali sebagai gerila Semut terdiri daripada orang Kayan, Kenyah, Kelabit dan Murut. Orang Iban dari Rajang kemudiannya menyertai perjuangan dalam SRD.
  6. Kepakaran gerila Semut penting dalam usaha merancang taktikal perang gerila menentang tentera Jepun kerana sebagai penduduk tempatan. mereka mengetahui selok-belok bumi Sarawak

Pemberontakan Jesselton

  1. Pemberontakan Jesselton (pemberontakan Double Tent) penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun di Sabah diketuai oleh Albert Kwok.
  2. Pada bulan Oktober 1943, kumpulan Albert Kwok (gerila Kinabalu) melancarkan serangan terhadap pejabat pentadbiran, balai polis dan kemudahan Tentera Diraja Jepun serta membunuh tentera Jepun di Jesselton, Kota Belud, Menggatal dan Tuaran.
  3. Tentera Jepun melancarkan serangan balas dengan pantas dan kejam. Perkampungan di pesisiran pantai diserang dan dibom.
  4. Beratus-ratus orang disoal siasat dan diseksa sehingga mati dalam usaha mencari pemimpin dan anggota pemberontak.
  5. Pada bulan Disember 1943, Albert Kwok menyerah diri dengan harapan dapat menamatkan serangan balas tentera Jepun terhadap orang awam.
  6. Beliau bersama-sama dengan 175 orang lain dihukum bunuh di Petagas, manakala 131 orang dipenjarakan di Labuan.
  7. Selain itu, terdapat pasukan gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun.

3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

Perkembangan Semangat Antipenjajah

  • Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlaku ketika bibit-bibit kesedaran nasionalisme mula berkembang sebelum Perang Dunia Kedua.
  • Slogan “Asia untuk Asia” dan konsep “Lingkungan Sekemakmuran Asia Tintur Raya” menekankan kebebasan negara Asia, menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan sejagat.
  • Konsep ini selari dengan perjuangan sebahagian golongan nasionalis di Tanah Melayu, terutama Kesatuan Melayu Muda (KMM).
  • KMM bekerjasama dengan Jepun dan berharap Jepun dapat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
  • Kejayaan tentera Jepun mengalahkan British menyedarkan orang tempatan bahawa orang Asia juga mampu mengalahkan orang Eropah yang dianggap kuasa besar.

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu

  1. Langkah awal tentera Jepun membangkitkan nasionalisme dalam kalangan orangr Melayu adalah dengan membebaskan ahli KMM yang dipenjarakan oleh British.
  2. Pentadbiran Jepun memberikan ruang kepada kegiatan politik KMM kerana memerlukan sokongan masyarakat tempatan.
  3. Pada bulan Jun 1942, Jepun membubarkan KMM kerana tindakan pemimpinnya menuntut kemerdekaan daripada Jepun. Pemimpin KMM sedar bahawa Jepun tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, walaupun KMM telah membantu tentera Jepun dalam peperangan dengan British.
  4. Perjuangan mendapatkan kemerdekaan diteruskan dengan taktik dan strategi baharu. Anggota KMM dalam organisasi ketenteraan yang ditubuhkan oleh tentera Jepun Giyu Gun dan Giyu Tai menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun tetapi pada masa yang sama bekerjasama dengan pentadbiran tentera Jepun.
  5. Menjelang bulan Jun 1915, tentera Jepun yang semakin tertekan dengan serangan pihak Bersekutu berusaha memenangi hati golongan nasionalis Melayu.
  6. Dengan sokongan tentera Jepun. Dr Burhanuddin al- Helmi, Ibrahim Haji Yaakob, Onan Haji Siraj dan bekas pemimpin KMM yang lain telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).
  7. Jepun merestui matlamat KRIS untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama dengan Indonesia melalui semangat “Asia Untuk Asia”.
  8. Namun begitu, Jepun memaklumkan kepada KRIS rancangan untuk Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia tidak dapat dilaksanakan kerana tentera Jepun menyerah kalah (15 Ogos 1945) berikutan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki.
  9. Walaupun perjuangan menuntut kemerdekaan tidak berjaya semasa pendudukan Jepun, perjuangan bagi mencapai matlamat KRIS diteruskan selepas pendudukan Jepun melalui penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah

  1. Kegiatan penduduk di Sarawak dikawal melalui persatuan yang ditaja oleh tentera Jepun. Contohnya, persatuan Cina digabungkan menjadi Kakeo Kakoki.
  2. Berikutan kekurangan pegawai Jepun, orang Melayu dan Iban diberikan jawatan dan kuasa yang lebih tinggi sebagai pegawai daerah yang sebelumnya hanya disandang oleh pegawai British.
  3. Menjawat jawatan tinggi turut memberikan kesedaran dan keyakinan kepada pegawai tempatan untuk menjalankan tugas penting. Contohnya, kesedaran politik melalui pengalaman semasa pendudukan Jepun menjadikan peribumi Sarawak lebih yakin untuk berkerajaan sendiri selepas Perang Dunia Kedua.
  4. Pendudukan Jepun menyuntik kesedaran berpolitik dalam kalangan masyarakat setempat di Sabah.
  5. Beberapa pertubuhan ditubuhkan selepas pendudukan Jepun seperti Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) oleh Tengku Noordin, Abu Bakar dan Zakaria Gunn (berdasarkan idea Harun Aminurrashid, nasionalis Tanah Melayu).
  6. Di bahagian pantai timur Sabah, Parti Kebangsaan Melayu Tawau ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Orang Kaya-Kaya Abu Bakar.

3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

  1. Amerika Syarikat telah menggunakan bom atom dalam serangan terhadap Jepun pada Ogos 1945.
  2. Peristiwa tersebut membawa kekalahan tentera Jepun dan berakhirnya perang Dunia Kedua.

Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua

  1. 6 Ogos 1945: Bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima.
  2. 8 Ogos l945: Kabinet Jepun berrnesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan.
  3. 9 Ogos 1945: Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki.
  4. 15 Ogos 1945: Maharaja Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah, Jepun meminta agar maharaja terus diiktiraf sebagai pemerintah dan dipersetujui oleh pihak Bersekutu
  5. Selepas Jepun menyerah kalah, Lord Louis Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara merancang untuk segera mendarat di Tanah Melayu.
  6. Beliau tidak dibenarkan, sehingga selesai upacara penyerahan rasmi oleh pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Douglas MacArthur, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Pasifik pada 2 September 1945.
  7. Tentera British hanya mula kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945

Penyerahan kalah tentera Jepun

  1. Pendaratan pertama tentera British di Pulau Pinang pada 3 September 1945, tiga minggu selepas Jepun menyerah kalah.
  2. Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun ke-37, Leftenan Jeneral Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point. Labuan pada 10 September 1945
  3. Mejar Jeneral Hiyoe Yamamura menyerah kalah kepada tentera Bersekutu di atas kapal Tentera Laut Australia, HMAS Kapunda di Kuching, Sararvak pada 11 September 1945
  4. Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara, menandatangani pernyataan menyerah kalah tentera Jepun di Singapura pada 12 September 1945.
  5. Jeneral Teizo Ishiguro menyerah kalah kepada Leftenan O.L. Roberts di Kuala Lumpur pada 13 September 1945

Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu

  1. Kekosongan kuasa politik wujud kerana kelewatan pendaratan semula tentera British.
  2. Kesempatan ini digunakan oleh Bintang Tiga PKM melalui MPAJA unruk mengambil alih penguasaan di Tanah Melayu (lebih kurang 14 hari)
  3. Bintang Tiga menganggap kekalahan rentera Jepun sebagai lambang keunggulan, kekuatan dan keberanian mereka menentang pendudukan Jepun.
  4. Parti Komunis Malaya melalui Bintang Tiga telah menguasai bandar, balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan yang ditinggalkan oleh tentera Jepun.
  5. Bintang Tiga menjalankan undang-undang sendiri dan menggunakan sebuah mahkamah yang dikendalikan oleh komunis untuk menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun, terutama orang Melayu.
  6. Tindakan Bintang Tiga menyeksa dan membunuh anggota polis, askar, pegawai daerah dan pasukan sukarelawan Melayu dianggap perbuatan melampau dan mencabar kesabaran orang Melayu.

Tindak Balas Orang Melayu

  1. Orang Melayu bersatu apabila Bintang Tiga mengancam institusi politik, kekeluargaan dan agama Islam.
  2. Cangguan Bintang Tiga dalam urusan keagamaan di surau dan masjid menyebabkan orang Melayu membentuk Gerakan Fi-Sabilillah yang bertujuan mempertahankan maruah bangsa, hak dan harta serta kelangsungan hidup orang Melayu.
  3. Kepimpinan ulama tempatan memberikan inspirasi kepada masyarakat Melayu berhadapan dengan kezaliman Bintang Tiga.
  4. Di Johor, Haji Salleh Abdul Karim (Kiai Salleh) mempelopori penentangan terhadap Bintang Tiga dengan menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah, Di Perak (Sungai Manik). Tuan Haji Bakri Haji Mohd Saman menjadi Khalifah Parang Panjang dalam usaha mempertahankan orang Melayu daripada ancaman Bintang Tiga.

Kompromi dan Usaha Perundingan

Kebangkitan orang Melayu menentang Bintang Tiga mencetuskan pergaduhan kaum. Pemimpin masyarakat dan Raja-raja Melayu sedar tentang kepentingan perdamaian.

Usaha Dato’Onn Jaafar

  1. Dato’ Onn Jaafar (Pegawai Daerah Batu Pahat) ditugaskan menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan di Batu Pahat.
  2. Pada Ogos 1945, Dato’ Onn Jaafar mengatur perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat.
  3. Kompromi Dato’Onn Jaafar berjaya memujuk Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan di Parit Raja, manakala Bintang Tiga pula menamatkan penguasaan mereka di Balai Polis Batu Pahat.
  4. Kedua-dua pihak memberikan kerjasama kepada beliau sebagai Pegawai Daerah untuk mengembalikan keamanan di Johor.

Peranan Raja-raja Melayu

Raja-raja Melayu berperanan dalam usaha menyelesaikan pergaduhan kaum, contohnya, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah berangkat ke Kuala Lipis untuk mengingatkan penduduk agar tidak lagi berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina.

Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah mengadakan lawatan dan pemantauan ke beberapa daerah bagi memastikan tiada berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina.

Baginda melawat kawasan yang terlibat dan berjumpa dengan pemimpin setempat bagi memastikan kerja pemulihan selepas perang diberikan keutamaan.

Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah

  1. Ketegangan kaum berlaku di beberapa tempat sebelum pendaratan tentera Australia pada 11 September 1945.
  2. Di Kanowit, permusuhan berlaku antara bekas gerila peribumi yang dilatih oleh SRD dengan orang Cina yang bersubahat dengan tentera Jepun.
  3. Di Kuching, campur tangan segera tentera Australia mengenakan perintah berkurung berjaya menghalang pertumpahan darah antara kaum.

Rumusan

  1. Pendudukan Jepun membawa kesan negatif terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.
  2. PeIbagai usaha dilakukan bagi mengembalikan keharmonian masyarakat.
  3. Peristiwa ini memberikan iktibar kepada kita supaya mengelak daripada perkara yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.
  4. Tindakan ini boleh menjadi ancaman kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kestabilan negara.

Similar Posts