Nota Pendidikan Moral – Nilai Kerajinan

Nilai Kerajinan bermaksud usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Kandungan
Nilai Kerajinan
Ciri-ciri seorang pelajar yang rajin
– Cekal menghadapi cabaran
– Gigih menghadapi rintangan dan dugaan
– Sentiasa berusaha untuk memajukan diri
– Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai kejayaan
Contoh sikap kerajinan yang diamalkan dalam masyarakat Jepun
– Rajin bekerja
– Rajin berbincan
– Rajin mencipta sesuatu yang baru dan berinovasi
– Rajin belajar terutamanya mata pelajaran Sains
Contoh-contoh binaan silam yang menakjubkan di dunia
– Tembok Besar Negeri China
– Taj Mahal di India
– Piramid di Mesir
Contoh yang menunjukkan masyarakat kini lebih rajin
– Wujudnya lebih ramai hartawan / jutawan
– Lahirnya pelbagai reka cipta baru ( komputer)
– Lebih banyak bidang diterokai (angkasa lepas)
– Lebih banyak kejayaan dicapai ( pendidikan / sukan)

Cara anda menunjukkan sikap rajin
Anak – membantu ibu bapa membuat kerja di rumah
Pelajar – banyak membaca dan membuat latihan yang diberi guru
Peribahasa yang manggambarkan nilai kerajinan
– belakang parang kalau diasah lagikan tajam
– kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
– berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
– Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.