| | |

Contoh Karangan SPM: Kepentingan Aktiviti Sukan

Karangan SPM: Kepentingan Aktiviti Sukan

Bidang sukan memberikan banyak kebaikan kepada seseorang murid. Tulis karangan tentang Kepentingan Aktiviti Sukan dalam kalangan pelajar.

Kepentingan Murid Melibatkan Diri dalam Aktiviti Sukan

Sukan merupakan kegiatan yang memerlukan kemahiran, ketangkasan, dan stamina yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan, atau suka-suka bagi mengisi masa lapang. Antara aktiviti sukan yang popular seperti olahraga, berenang, bola sepak, badminton, dan sebagainya. Bidang sukan ini banyak memberikan mantaat kepada seseorang murid.

Meningkatkan disiplin diri

Antara manfaat bersukan kepada murid termasuklah dapat meningkatkan disiplin diri. Hal in demikian kerana, seseorang yang ingin berjaya dalam bidang sukan mestilah mempunyai disiplin yang tinggi serta dapat mengawal diri dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Misalnya, pemain dalam sesebuah pasukan hendaklah menepati masa, berlatih dengan gigih, menjaga pemakanan, dan mematuhi arahan jurulatih. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa sukan dapat membentuk disiplin murid tersebut.

Melahirkan murid yang sihat

Selain itu, sukan juga bermanfaat dalam melahirkan murid yang sihat, cergas, dan cerdas. Hal in demikian kerana aktiviti sukan dapat menquatkan-otot dan tulang serta menyihatkan badan. Sebagai contoh, seseorang murid yang aktif bersukan banyak mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin yang tidak baik untuk badan. Hal in menjadikan ketahanan badan mereka lebih tinggi untuk melawan penyakit. Dengan itu, murid yang aktif bersukan jarang demam dan selesema berbanding dengan murid yang tidak gemar bersukan.

Mengagihkan masa

Seterusnya, seseorang bersukan bijak mengagihkan murid yang aktif masa dengan sewajarnya. Hal in demikian kerana, mereka tahu menentukan masa yang sesuai bagi memberikan tumpuan terhadap sukan dan pelajaran. Sebagai contoh, seseorang murid yang mewakili sekolah dalam aktiviti sukan mestilah mempunyai jadual. latihan sukan dan jadual belajar. Dengan itu, mereka dapat menjadi murid yang berjaya dalam bidang sukan dan pelajaran.

Bijak menggunakan masa lapang

Akhir sekali, murid yang aktif dalam bidang sukan bijak menggunakan masa lapang mereka dengan perkara yang bermantaat. Mereka tidak mudah melakukan perkara-perkara yang tidak bertaedah seperti bermain permainan video serta tidak akan membuang masa dengan berpelesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan sebagainya. Masa mereka banyak dihabiskan dengan melakukan latihan sukan, misalnya pada waktu petanq dan pada hujung minggu.

Penutup Karangan Kepentingan Aktiviti Bersukan

Kesimpulannya, penglibatan diri murid dalam aktiviti sukan banyak memberikan mantaat kepada mereka. Pihak kerajaan wajar menyediakan kemudahan untuk bersukan di sekolah dengan lebih banyak. Ibu bapa pula mestilah menggalakkan anak anak mereka menceburi bidang sukan sekiranya anak mereka mempunyai potensi. Usaha yang gigih daripada semua pihak membolehkan lebih banyak jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa.

Contoh Karangan SPM: Cara Memupuk Minat Bersukan

Similar Posts