|

Komsas Tingkatan 5 – Watak Perwatakan Novel Bimasakti Menari

Berikutnya contoh soalan dan jawapan bagi Watak Perwatakan Novel Bimasakti Menari.

Watak Utama Novel Bimasakti Menari

Jelaskan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Watak utama dalam novel ini, iaitu Nurul Hafsa.

Perwatakan yang pertama ialah seorang yang berani. Sebagai contoh Nurul Hafsa berani menghantar laporan tentang tahap kecerahan langit di Kuala Selangor kepada Majlis Daerah Kuala Selangor untuk diambil tindakan selanjutnya.

Perwatakan yang kedua ialah seorang yang gigih. Sebagai contoh, Nurul Hafsa gigh dalam merealisasikan impiannya menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Hutan Simpan Gelap bagi tujuan pencerapan bintang dan pengekalan populasi kelip-kelip.

Selain itu, Nurul Hafsa juga seorang yang bersyukur. Nurul Hafsa bersyukur kerana Kuala Selangor akan menjadi Kawasan Hutan Simpan Gelap pada thun hadapan. Nurul Hafsa juga bersyukur kepada tuhan kerana dia tidak dicederakan oleh penjenayah ketika diculik dan dijadikan orang tawanan.

Watak utama menghadapi cabaran

Watak utama biasanya dikaitkan dengan pelbagai cabaran atau konflik yang terpaksa ditempuhinya. Jelaskan bagaimana watak utama menghadapi dua cabaran atau konflik yang dihadapinya dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat pelbagai cabaran atau konflik yang dihadapi telah diatasi oleh Nurul Hafsa.

Cabaran yang pertama ialah konflik dalam menghadapi pencemaran cahaya di Kuala Selangor yang mengganggu pencerapan bintang-bintang dan habitat kelip-kelip. Cara penyelesaiannya ialah Nurul Hafsa bekerjasama dengan Muhammad Taufik dan budiman untuk mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor yang dapat mengembalikan Kuala Selangor sebagai pusat pencerapan bintang amatur dan profesional serta kawasan habitat kelip- kelip.

Cabaran seterusnya ialah apabila Nurul Hafsa dan rakannya Muhammad Taufik diculik oleh samseng upahan Dato’ Johann Arlington-Majid dan dibawa ke kawasan ladang kelapa sawit. Cara penyelesaiannya ialah Nurul Hafsa membuat laporan polis di Balai Polis Bestari Jaya sebaik sahaja dia dibebaskan dan akhirnya penculik itu dapat diberkas.

Watak sampingan

Dalam sesebuah novel, di samping watak utama, terdapat banyak watak sampingan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan watak dan perwatakan seorang watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Watak sampingan dalam novel ini ialah Muhammad Taufik.

Perwatakan yang pertama ialah seorang yang prihatin. Muhammad Taufik sanggup menemui penculik Nurul Hafsa dengan tujuan untuk menyelamatkannya daripada penjenayah. Perwatakan yang kedua ialah seorang yang penyayang. Muhammad Taufik menyayangi kedua-dua ibu bapanya walaupun mereka sudah berpisah dan berusaha memenuhi permintaan mereka.

Perwatakan yang seterusnya ialah seorang yang berterus- terang. Muhammad Taufik berterus terang dengan bertanyakan kepada Nurul Hafsa sama ada dia sudi menerima lamarannya.

Perwatakan yang terakhir ialah seorang yang tabah. Muhammad Taufik tabah meneruskan usaha menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap untuk aktiviti pencerapan bintang dan populasi kelip-kelip bersama-sama Nurul Hafsa.

Peristiwa watak sampingan

Jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan seorang watak sampingan membantu watak utama dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan seorang watak sampingan membantu watak utama dalam novel tersebut. Watak sampingan ialah Budiman, manakala watak utama ialah Nurul Hafsa.

Peristiwa yang pertama ialah peritiwa Budiman membawa Nurul Hafsa berjumpa dengan lelaki kelip-kelip atau Muhammad Taufik. Muhammad Taufik kemudiannya mendapatkan bantuan daripada ayahnya agar Nurul Hafsa dapat membentangkan projek Kwasan Hutan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar.

Selain itu, Budiman juga menemani Nurul Hafsa ke Perpustakaan Awam Sutan Sharafuddin untuk membuat perbincangan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap bersama-sama dengan Muhammad Taufik.

Cara watak sampingan menyelesaikan masalah

Pelbagai masalah dihadapi oleh watak utama dan watak sampingan yang diutarakan dalam sesebuah novel. Huraikan dua cara watak sampingan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat cara watak sampingan, iaitu Muhammad Taufik menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Masalah yang pertama ialah kepupusan habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Cara penyelesaiannya ialah Muhammad Taufik memagar kawasan anak sungai agar tidak berlaku percerobohan, gangguan manusia dan bunyi bot yang akan mengganggu populasi kelip-kelip.

Masalah yang kedua ialah pencemaran alam sekitar termasuk air, udara, bunyi dan cahaya. Cara penyelesaiannya ialah Budiman dan Muhammad Taufik bekerja sama dengan Nurul Hafsa dalam usaha memelihara alam sekitar. Muhammad Taufik juga untuk mengurangkan gangguan terhadap kelip-kelip dengan memastikan habitat mereka terpelihara.

Similar Posts