Nilai dan Pengajaran Novel Bimasakti Menari
Bagi KOMSAS Tingkatan 5, salah satu novel yang perlu dipelajari oleh pelajar di negeri Terengganu, Melaka, Kelantan, Pahang ialah novel Bimasakti Menari. Berikutnya soalan bagi topik Nilai dan Pengajaran Novel Bimasakti Menari.
Nilai kemanusiaan Novel Bimasakti Menari
Banyak nilai kemanusiaan yang ditonjolkan oleh watak utama dlam sesebuah cerita. Jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh watak utama yang wajar dicontohi oleh masyarakat.
Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat tiga nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh watak utama, iaitu Nurul Hafsa yang wajar dicontohi oleh masyarakat.
Nilai kemanusiaan yang pertama ialah kebijaksanaan. Sebagai contoh, Nurul Hafsa bijak mematahkan hujah Dato’ Johann Arlington-Majid sewaktu q f4a2membentangkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar.
Nilai yang seterusnya ialah kegigihan. Contohnya, Nurul Hafsa gigih dalam merealisasikan impiannya menjadikan Kula Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor bagi tujuan pencerapan bintang dan pengekalan populasi kelip- kelip.
Nilai terakhir ialah kesyukuran. Contohnya, Nurul Hafsa bersyukur kerana Kuala Selangor akan menjadi Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor pada tahun hadapan. Nurul Hafsa juga bersyukur kepada Tuhan kerana dia tidak decederakan oleh penjenayah ketika diculik dan dijadikan orang tawanan.





