KOMSAS Tingkatan 5 – Latar Novel Bimasakti Menari
Latar Masa, Latar tempat, Latar Masyarakat merupakan topik yang penting dalam soalan KOMSAS SPM. Berikutnya contoh soalan dan jawapan bagi Latar Novel Bimasakti Menari.
Kandungan
Latar Masa Novel Bimasakti Menari
Latar masa dalam sesebuah novel menjadikan cerita lebih realisitik. Jelaskan tiga peristiwa yang berlaku pada waktu malam dalam novel yang anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat tiga peristiwa yang berlaku pada waktu malam dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peritiw Nurul Hafsa bertugas sebagai pegawai sains dan menjadi pemandu kepada pengunjung kanak-kanak dari Jepun untuk mencerap bintang. Pada malaam itu juga Muhammad Taufik berjumpa dengan ibunya, Maryam Wickham dan mempelawa ibu menginap di Ikhtiar Teknoalam.
Peristiwa kedua ialah Nurul Hafsa menaiki bot bersama-sama pasangan pelancong orang putih dengan bayaran RM25 untuk melihat kelip-kelip. Dia kecewa kerana hanya dapat melihat beberapa ekor kelip-kelip sahaja sedngkan dia membayangkan akan dapat menyaksikan kerdipan kelipkelip secara sinkronasi.
Peristiwa ketiga ialah Tan Sri Muhaimin mengadakan majlis kenduri kesyukuran untuk meraikan pernikahan kali keduanya dengan bekas isterinya, Maryan Wickham Abdullah di masjid itu pada waktu siangnya.
Latar masyarakat Novel Bimasakti Menari
Huraikan latar masyarakat dalam novel yang anda pelajari. Novel yang saya pelajari ialah ialan Bimasakti Menari karya Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat latar masyakarat yang ditonjolkan dalam novel ini.
Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat usahawan. Sebagai contoh, Tan Sri Muhaimin dan Dato’ Arlington-Majid oalah usahawan yang berjaya dan sentiasa bersaing. Syarikat Dedaun Emas milik Tan Sri Muhaimin telah memenangi tander membina Taman Bandar Raya Hijau Kuala Lumpur yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Sebagai contoh, Muhammad Taufik membina rumah mesra alam, menggunakan kereta hibrid dan mengekalkan populasi kelip-kelip. Nurul Hafsa pula ingin mengembalikan kawasan langit gelap di Kuala Selangor supaya bandar itu kekal sebagai kawasan pencerapan bintang dan kawasan kelip-kelip. Maryan Wickham Abdullah menjadi aktivis alam sekitar di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Latar masyarakat yang akhir ialah masyarakat yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarga. Sebagai contoh, Budiman sentiasa menjaga kebajikan adiknya, Nurul Hafsa dengan mengdengar perasaan tidak puas hati Nurul Hafsa tentang keadaan langit gelap di Kuala Selangor yang mengalami pencemaran cahaya dan memani Nurul Hafsa yang aingin bertemu dengan Muhammad Taufik bagi mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa berkaitan masalah tersebut.




