|

Novel Bimasakti Menari – Soalan Tema dan Persoalan

Novel Bimasakti Menari merupakan KOMSAS Tingkatan 5 bagi negeri Terengganu, Melaka, Kelantan, Pahang. Berikutnya contoh soalan dan jawapan bagi Tema dan Persoalan Novel Bimasakti Menari.

Tema Novel Bimasakti Menari

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut. 

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat tema dalam novel tersebut , iaitu kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Sebagai contoh, Nurul Hafsa mengambil inisiatif menyedia dan menghantar laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor meskipun tiada tindakan diambil.

Selain itu, Nurul Hafsa, Muhammad Taufiq dan Budiman menyediakan kertas cadangan dan bahan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor yang lengkap sebelum berhadapan dengan pegawai atasan dan Menteri Besar.

Persoalan Novel Bimasakti Menari

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari , huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop.

Dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa. Sebagai contoh Muhammad Taufik mempelawa ibunya Maryam Wickham Abdullah tidur di rumahnya ketika ibunya datang ke Malaysia kerana sudah lama mereka tidak bersua. Muhammad Taufik juga berusaha menyatukan ibu bapanya semula. Selain itu, Nurul Hafsa akan membina stor untuk ayahnya apabila mendapat gaji pertama supaya peralatan berkebun ayahnya tidak dicuri orang.

Persoalan kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang terhadap rakan. Sebagai contoh, Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai isteri.

Peristiwa Persoalan maruah

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan persoalan maruah.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat persaoalan maruah dalam novel ini.

Persoalan maruah yang pertama ialah maruah diri dalam kerjaya. Contohnya, sebagai seorang pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Nurul Hafsa mengambil tanggungjawab terhadap rasa kecewa rombongan pencerap bintang dari Jepun yang tidak dapat melihat bintang dengan mata kasar kerana langit pada malam itu terlalu cerah. Dia memberikan penjelasan dan berjanji akan mengembalikan bintang-bintang di Kuala Selangor semula.

Persoalan seterusnya ialah persoalan maruah keluarga. Sebagai contoh Budiman menemani adiknya, Nurul Hafsa yang terpaksa berbincang dan mengumpul maklumat tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor dengan Muhammad Taufik di perputakaan Awam. Budiman bertindak kerana mereka bukan mahram dan mengelak daripada fitnah.

Persoalan terakhir ialah persoalan maruah negara. Sebagai contoh Nurul Hafsa , Muhammad Taufik dan Budiman gigih berusaha melestarikan alam sekitar di negara ini demi pembangunan negara dan generasi akan datang.

Peristiwa Persoalan tanggungjawab

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari , jelaskan dua peristiwa yang memaparkan persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat persoalan tanggungjawab dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak. Sebagai contoh, Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham amat menyayangi Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak mereka itu.

Persoalan yang kedua ialah persoalan tanggungjawab seorang abang terhadap adik. Sebagai contoh, Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul Hafsa mengatasi pencemaran cahaya di Kuala Selangor dan sentiasa menemani Nurul Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama Muhammad Taufik di Kampung Kuantan.

Persoalan terakhir ialah persoalan tanggungjawab tehadap rakan. Contohnya, Muhammad Taufik bimbang akan keselamatan Nurul Hafsa yang dilarikan oleh penculik dan berusaha menyelamatkannya.

Persoalan Kegigihan

Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Buktikan pernyataan tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat persoalan kegigihan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan kegigihan membangunkan projek perumahan mesra alam. Sebagai contoh Muhammad Taufk gigih membangunkan projek rumah mesra alam, iaitu rumah prototaip Ikhtiar Teknoalam walaupun memerlukan modal yang besar.

Persolan seterusnya ialah persoalan kegigihan menyatukan ibu bapa yang berpisah. Sebagai contoh, Muhammad Taufik gigih berusaha menyatukan kembali ibu dan ayahnya yang sudah lama berpisah. Dia selalu berhubung dengan mereka dan berdoa agar keluarga mereka dapat bersatu kembali.

Persoalan yang terakhir ialah persoalan kegigihan dalam mengotakan janji. Sebagai contoh, Nurul Hafsa gigih dalam usaha mengotakan janjinya kepada 15 orang pelajar cilik dan pengiring mereka dari negara Jepun yang ingin melihat bintang. Nurul Hafsa gigih membuat penyelidikan dan menyediakan folio tentang Kawasan Simpan Langitt Gelap Kuala Selangor.

Similar Posts