Plot dan teknik Plot Novel Bimasakti Menari
Kandungan
Plot Novel Bimasakti Menari
Permulaan novel Bimasakti Menari
Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan. Jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel ini telah menarik minat anda.
Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohamad Yusop. Terdapat dua sebab bahagian permulaan novel ini telah menarik minat saya.
Pada hari pertama bertugas di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Nurul Hafsa dipertanggungjawabkan menjadi pemandu kepada sekumpulan pelajar cilik dari Jepun bersama-sama tiga orang pengiring untuk mencerap bintang-bintang di langit, namun pencerap amatur tersebut berasa kecewa kerana mereka gagal melihat buruj Orion kerana langit pada malam itu terlalu cerah. Peristiwa ini menarik kerana cabaran pada hari pertama itulah yang membawa kepada janji Nurul Hafsa untuk mengembalikan bintang-bintang ke langit Kuala Selangor semula.
Peristiwa yang kedua ialah Puan Wickham salah seorang pengiring pelajar dari Jepun yang fasih berbahasa Melayu mempersoalkan Kuala Selangor tidak lagi sebagai tempat yang baik untuk pengkaji-pengkaji bintang. Nurul Hafsa berjanji akan mengatasi masalah tersebut meskipun Puan Wickham tidak begitu yakin dengan janji tersebut. Peristiwa ini menarik kerana pembaca ingin tahu sama ada Nurul Hafsa akan Berjaya mengotakan janjinya untuk mengembalikan bintang-bintang di Kuala Selangor.
Peristiwa yang terkhir ialah peristiwa Muhammad Taufik bertemu Puan Wickham di bahagian bawah cerap dan mereka berbual-bual mesra. Peristiwa ini menarik kerinan pembaca tidak menyangka yang Puan Wickham ialah ibu kepada Muhammad Taufik.




